WELCOME TO MY DEAREST FREN.... THIS BLOG IS ABOUT ME, FAMILY AND MY BUSSINES~~SHAKLEE :)

Followers

Tuesday, June 2, 2015

Kencing Manis dan simptom

Sakit kencing manis atau diabetis melitus adalah penyakit kronik yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (kandungan gula/glukosa tinggi dalam darah). Statistik setakat November 2014 seramai 2.6 juta rakyat malaysia mengidap penyakit kencing manis dan statistik membimbangkan ini meletakkan Malaysia tangga ke 10 di dunia dengan pengidap penyakit kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.

Jenis-jenis penyakit kencing manis:

1. Insulin Dependent Diabetis Mellitus (bergantung pada insulin)
- biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
- biasanya badan tidak boleh menghasilkan insulin

2. Non-Insulin Dependent Diabetis Mellitus(tidak bergantung pada insulin)
- jenis paling biasa dihidapi dan lebih 90% adalah daripada golongan ini
- biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan
- sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasikan tidak mencukupi

Simptom-simptom kencing manis

1. Paras gula dalam darah tinggi

cara untuk mengetahui paras gula dalam darah adalah melalui pemeriksaan doktor di klinik kesihatan atau swasta. Lakukan pemeriksaan secara berkala agar anda dapat memantau kandungan gula dalam badan.

2. Dahaga yang berlebihan dan kerap membuang air kecil pada waktu malam

pesakit kencing manis akan berasa dahaga berlebihan walaupun minum air dengan kuantiti yang banyak. Apabila terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang akan bekerja keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. ini akan memaksa anda kerap membuang air kecil pada waktu malam dan akan menyebabkan anda rasa haus.

3. Kerap berasa lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa menyebabkan paras gula jatuh. Apabila paras gula dalam darah jatuh, badan anda menganggap anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa berfungsi.

4. Luka lambat sembuh

Simptom yang diketahui umum. Ini berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu memulihkan luka.

5. Penglihatan kabur.

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia akan mengubah bentuk kanta mata dan boleh menyebabkan penglihatan kabur. Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila paras gula dalam darah adalah normal atau hampir normal.

6. Kulit merengsa

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau ketiak menjadi gelap.Pada tahap ini, seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka tidak tinggi.







Monday, June 1, 2015

Sudah Sampaikah Masanya Untuk Aku....

Salam semua.. mggu lepas 27 Mei berlangsung Majlis Persada Gemilang JPA di Dewan Sri Endon.. Alhamdulillah... selepas 9thn berkhidmat, aku dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2014. Tidak mengharap tetapi andainya ini rezeki aku bersyukur.. aku anggap rezeki anak2. Walau selepas 9thn berkhidmat.. aku redha. ada member2 yang dah 2 kali dpt dalam tempoh itu. aku anggap ini semua rezeki dari Allah.. lepas dapat APC ni sudah sampaikah masanya untuk aku bertukar angin ke agensi lain??? hati masih lagi di sini. kalau ikutkan hati mahu truskan khidmat bakti di sni smpai pencen. kita tunggu dan lihat saja nanti. apa2 pun alhamdulillah atas rezeki yg Allah bagi ni. akan ku kekalkan dah tambahbaik kecemerlangan masa hadapan insha allah....


Pesta Flora Putrajaya 2015

Salam semua.. sabtu lepas aku n fmly ke pesta flora. kul 9 lebih dah smpai ke pesta flora presint 4 putrajaya. excited walaupun tiap2 tahun x penah miss pegi. awal pg dah siap2 sbb aku ni jnis x suka pack2 sgt n jem sane sini. malam be4 tu aku ke presint 4 tu jgk nak tgk magic of the nite katekan. tgk kapal2 berhias perform kt tasik tu. cantik2 sgt kapal2 tu dihiasi lampu warna warni. tp syg sbb aku xdpt tgk dekat2 sbb jalan jem. so kitorg berenti je kt tepi2 jalan berdekatan jambatan ke2 tu. nampak jgk la walau dr jauh.

ok berbalik kpd pesta flora td, ianya berlangsung dr 30 mei hingga 7 jun 2015. tiket masuk rm5 utk dewasa n rm1 utk kanak2 setahun ke atas. manakala nk masuk winter spring mcm rumah iglu yg besar tu plk rm3 xkira lah dewasa or kanak2. tp aku x sempat nk masuk winter spring sbb ramai sgt umat. so kitorg jln2 kt tmpat2 bunga tu lah. cat pavillion pon ada tau. menempatkan kucing2 yg comel2 belaka. geram nengok. pesta flora ni open dr jam 9am - 10pm weekdays n 9am - 12am utk weekend. pd yg xda plan ke mana2 cuti skolah ni g lah pesta flora tu. cuma aku nasihatkan pegi awal2 pg parking byk kosong lg. ok bye!






Sunday, May 31, 2015

Sports Day LC Presint 11

Salam semua.. siang td telah berlangsung sports day little caliph presint 11 a.k.a tadika khalifah alaf baru. bermula jam 9pg dgn intro persembahan dr student2 lc. comel2 belaka anak2 lc. ada yg terover perform n ada yg xbergerak lgsung. nervous mungkin.
juz capture perfomence hania jer. hehehe tu budak gedik dua2 pntang nmpak kamera phone

ok, lepas performence smua student, brulah start sukaneka student. mcm2 gelagat. ada yg menangis ada yg muntah. salute pada cikgu2 yg sabar dgn karenah anak2 kecil lc. biasalah bila nmpak mak pak depan mata smua buat perangai. 

jenuh jgk tggu smpai hbis. klau ikutkan hati nak blik awal tp xpe la tggu jgk smpai pnyampaian adiah. sports day kali meriah sket sbb combine dgn lc puchong. ptut ler ramai semacam. tp best meriah. dah nak hjung2 tu baby meragam nk tdo. haih nsb dah nak balik.. fuhhh.. smpai rumah smbil prepare utk lunch aku bf bby n tertdo lah dia..maklumlah bgn awal kan.. nak bg support pd kakak punye pasal. ok layan pic k.. bye!
the purplesss

petua badan cergas tanpa supplement

assalamualaikum wbt smua.. ok, nak crita pasal mcm mana nk dpt bdn cergas tanpa supplement. means kalau korg rasa x nk makan supplement blh try cara aku ni. tiap2 pagi korg kunci jam plg tidak pon kul 5pg. yup! bgn pg sebelum subuh adalah cara aku atasi badan letih dan ngntuk. maybe rmai akan beranggapan bgn awal lg bertambah ngantuk tp bg aku tidak. tidur berlebihan itu akan lebih membuatkan bdn kita letih dan mengantuk.

ok, bgn jam 5pg atau lebih awal lg bagus. solat tahajud ringkas dan mengaji kejap smntara tggu azan subuh. then blh siap2 utjkpegi kje. aku mmg amalkan rutin mcm ni tiap2 pg n mmg berkesan. ada jgk mber2 yg pelik n tanya aku bgn awal2 pg buat apa? iron baju ke? hihi. aku jawab tak lah bju da siap2 iron dah malam2. then tanye lg dah tu awal2 buat ape? aku senyum je la.. aku jnis org yg x suka last minit. siap awal drpd kelam kabut. nti nk drive pon x fokus.. ok pertengahan bln ni kita nak menyambut ramadhan.. so blh la korg amalkan cara aku ni agr kita sama2 bgn sahur n dekatkan diri dgn Allah walau seminit. 

Tuesday, May 26, 2015

kurus kerana shaklee!

Salam semua. ok ari ni nak story psl set favourite aku sepanjang aku brkenalan dgn shaklee. paling ketara aku nmpak kesan ialah set pantang shaklee. dalam set pantang shaklee ada vitamin basic iaitu vitamin c, b kompleks, vitalea n zink then add on alfalfa, oste n omega. apa rasa bila makan? 

1. badan rasa bertenaga
2. luka2 bersalin cepat baik
3. pghasilan susu yg byk n bby pon kenyang sntiasa
4. berat badan semakin turun (ni yg plg best)
5. rambut xbyk sgt gugur mcm bersalin sebelum ni

yang aku nak tekankan kt sni adalah aku dpt balik berat sebelum kawen bila aku makan set pntg ni sbb ada omega! yup omega blh membakar lemak. tp klau nak kesan yg lebih, buat la exercise sket. mnum air 3liter setiap hari spy bdn rasa fresh jer..

ok tu secara ringkasnya manfaat set berpantang. yg best lepas hbis pntang kita blh continue smpai bila2. badan kita xblh nak bina keseluruhan zat2 yg diperlukan so dgn supplement ni la kita topup mana yg x ckup lg tu. ok, if ada apa2 pertanyaan jgn segan nak tanya k. blh cntact melalui saluran di bawah...

noorytah
0172818002 (wassap/sms)
ig nianayra
emel noor.ieta85@gmail.com
fb ct noorytah
page sihat shoppe

Sunday, May 24, 2015

Aku SID Shaklee..

Salam semua... bersiaran secara langsung dr Putrajaya.. ecewah. ok, nama aku Siti Noorytah Amir n juz call me ita (pd yg bru kenal lah kan). ada yg pggl nor, noryn, siti tp yg lekat mmg ita. umur aku 30 thn if ikut tahun lar.. if ikut bulan 29 thn 8bln.. nak jugak tuh. nmpak muda gittew. seriau bila msuk 3series ni... hehe. aku bekerja sbg setiausaha di JPA. yes! org gomen. tinggal di presint 11 putrajaya.

aku SID shaklee merangkumi kawasan Putrajaya. blh cod sekitar seri kembangan, bangi, kota warisan (sekiranya di luar waktu kerja). bagi yg di kampung pulak kampung aku di tangkak, johor. insha allah sebulan sekali akan balik kg so time tu blh cod pd awak2 yg kt kg tuh. Tapi oleh kerana skrg shaklee dah ada shopping online klik2 jer dengan pantas shaklee proses dan abam2 sado gdex atau citylink akan hntr ke rumah. uolls blh hubungi aku mengikut details di bawah.....

hp: 017-2818002 (call/wassap/telegram/sms)
fb: ct noorytah
ig: nianayra
emel: noor.ieta85@gmail.com

ok, jangan segan2 nak tanye ape2. insha allah aku akan cuba jawab sedaya mungkin. ok..

Thursday, January 29, 2015

Baby vs Susu Formula

Assalamualaikum.. dah lame x bersiaran secara langsung dari sini.. hmmm ok. sedang di dalam dilema. dah start campur susu utk bby. yup susu semakin berkurangan. tp stil lt pump di ofis.. tp anak ke2 ni aku mngalami sedikit tekanan perasaan yang mana bby xmo fm.. argghhhh bile stress n jiwa kacau mulalah susu pon jadik beku xmo k
uar adoi lahhhh...

ok, bermula kisah 1st try dengan susu S26. Oleh kerana kakak hania (cikgu LC pggl hania ok) dlu mnum s26 dr umo 10 bulan klau x silap hinggalah sekarang Alhamdulillah dia serasi dengan S26. so aku peturunkan pada si adik. tp awal2 dah reject. Then aku try plk anmum.. pon sama reject jgk. try pulak susu dutch lady pon sama. try susu kambing pon sama. last2 aku bg je fm tu pada tcher kt taska dia. bru lah dia nk mnum. so kt situ aku nmpak permainan dia di mana klau ada ngan aku dia mmg xmo botol hahahaha.. tp xpe.. as long as kt taska dia nk jgk mnum fm. aku still lg bekalkan susu ebm. rasa sedih sgt klau nk wean off trus.. at least balik kje dia dah blh mengempeng hehe.. aku pon suka. time tu lah nk berehat2 baring2 smbil nyusukan dia di samping hubby basuh baju basuh pinggan kah kah kah.. bukan nak amik kesempatan tau tp hakikatnya ibu2 jg perlukan rehat hihi.. ok la banje sekeping gambo bby.

rambut halusssss

Monday, December 8, 2014

Vitamin C Shaklee Vitamin Magic?

Salam semua... hmmm tengok tajuk pon kemain lagik yer.. ok, aku nk cerita pasal Vitamin C Shaklee ok. Shaklee je tau klau vitamin C lain tu aku x tau. Jumaat lepas balik keje kepala rasa berat n sakit. smpai ke malam.. selalunya tdo then pagi esok lega tp still sakit lg.. mr. hubby kje plk sabtu tu. maklum lah hjung tahun ni agak bz sket dengan kewangan. weekdays pon balik jam 8 malam. so, bila dia nk g kje tu sempat la pesan kt aku suruh telan Panadol. plissss ok aku ni bukan takut makan ubat tp mmg dah lama x sentuh Panadol tau.. say no to paracetamol tu dia.... selagi boleh tahan satu2 sakit tu aku tahan. lagi pulak aku tengah breast feed bby. so, aku tolak mentah2 cadangan dia utk mkn Panadol tu.

tetibe tingg!! ceh imagine atas kepala ada 1 mentol lampu.. hahaha.. aku teringat vitamin2 yg aku ada. so, aku capai vitamin C telan sebijik pastu mnum air masak byk2. then buat lah kje umah basuh baju mop lantai bagai.. tetibe ntah bile aku pon x pasan sakit kepala tu ilang dengan sendirinya... lega rasa... fuhhh aku terfikir vitamin C Shakle
e tu magic ke hahaha.. dats y aku suke sangat!!! arggghhhhh bulan ni plk ada promo vitamin C. rugi x grab wei.. babai

Ct Noorytah
SID Shaklee 881199
017-2818002

Tuesday, November 11, 2014

New Look!

Assalamualaikum w.b.t. semua.. taraaaa.. new header photo. ermmm.. nk letak gambo reramai tp letak gambo budak be2 ni dlu ek hehehe.. fuhhhh jap nk sapu sawang jap hihi. lame x update. super bz. la ni bos tadak kite godek2 blog k. korang yg bace ni sihat? aku alhamdulillah sht.. anak2 pon. byk nk crita tp satu persatu k. orait.. aku nk solat asar sat. will update later... babay korang..

Wednesday, October 1, 2014

PROMOSI ESP-ENERGIZING SOY PROTEIN

Salam semua.. rasanya sape x kenal ESP ni kan? ESP dari shaklee merupakan satu2nya produk di dalam pasaran yg menjamin penyediaan asid amino penting yg tidak dpt dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai utk semua peringkat umur. Manakala kandungan Indeks Glisemik yg rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai jg kepada pengidap kencing manis. Apa dia keistimewaan esp yg org dok cerita sana sini tu? Jom tgk..


1. ESP UNTUK KECANTIKAN KULIT

ok sape2 nk kulit cntik sgt2 digalakkan minum esp. Tp jgn la berharap hari ni consume esp esok trus dpt kulit cntik hehe. Konsisten minum n insha allah uolls akn dpt kulit cntik yg diidamkn. Parut jerawat n jerawat pudar. Kulit muka tegang n muka fresh je.. ni testimoni yg aku boleh bg..




2. ESP UNTUK MENAMBAH DAN PEKATKAN SUSU BADAN

ok yang ni aku pon amalkan. Alhamdulillah bby 9bln masih bf dan sempat la nk pump susu kat opis. Wajib pam sebab breast cepat bengkak susu. Best je rase pump time bengkak gitu. 10oz pon blh dpt. Tp uolls jgn mgharap sgt bile minum esp trus susu jd byk. Kene seiring dgn doa, makanan penambah susu contoh sawi, yg paling penting keep on pumping sbb susu akan lebih banyak produce bile kite kerap menyusukan bby or pump. Segala saraf dan kelenjar susu akan bekerja kuat lagi klau kite kerap pump. X caya? Cube lah.. cer tgk testimoni ni..


3. ESP UNTUK KURUS?

aku tahu banyak produk2 kurus yg melambak2 di pasaran. tp aku suggest yg 1 ini sahaja sebab kite tau ianya vitamin semulajadi. biar lambat asal selamat. kalau cepat sgt kurus tu pon takut jgk. bukan takut ape, takut banyak bahan kimia. cust yg penah try esp utk kurus bg feedback minum esp rasa kenyang. tp jangan la mgharap mnum ari ni sok boleh kurus... hihi.. kalau disertai dengan exercise, mnum air masak 3L sehari n jaga pemakanan lagi dapat membantu tau tau..




4. ESP UNTUK ATASI 'PERIOD PAIN'

ada segolongan wanita2 yg period akan mengalami period pain. pada aku plk dlu mse bujang ade jgk rasa tp bile dah kawen n lepas bersalin x rse dah.. ok, esp jgk boleh bantu korang utk atas period pain atau lebih dikenali dengan senggugut. cer tgk tengok testimoni kt bawah ni k.




Banyak lg kelebihan dan kebaikan ESP ni. kalau rasa2 nk cuba boleh sangat. tambahan pulak bulan oktober ni adalah promo ESP dengan harga yang sangat2 menjunam. dah beli ESP kompem2 dapat consult free khas dr saya.


Ct noorytah
SID shaklee 881199
0172818002

nak cod pon boleh
area Putrajaya, seri kembangan, kota warisan
dan postage serata malaysia.




Friday, September 26, 2014

Kenapa Jadual Makan Shaklee Berbeza?

Salam semua.. maaf lama daku x bersiaran dr sini hehe.. since ada kuiz di grup wassap fmly shaklee so kami discuss pasal jadual makan vitamin shaklee yang berbeza2. Aku rasa ramai sid shaklee penah diaju soklan "kenapa ade sid bg jadual makan vitamin x sama?"

Ok setelah berdiskusi brsama teman seperjuanganku, banyak ilmu yg aku dpt. Ok, 1st skali nk bgtau vitamin bukan ubat k. Vitamin adalah suplement. Ada org tanya kenapa perlu makan vitamin?? Jawapan aku, vitamin adalah makanan tambahan sebsb kita xkan dapat semua vitamin yg kita perlu dalam pemakanan seharian. Contoh sayur2an n anak2 kita ada yg x makan sayur rite? So itu pentingnya supplement ni sbb dia akan support apa yang body kita perlu tp kita x dpt nk bagi.. so, jelas x?? 

Ok berbalik kepada jadual makan tadi, dah namanya suplement so timing makan ikut masing2 yg mana rasa the best time nk makan pg terpulang.. tp kne wat research jgk bila timing terbaik utk makan suplement tu. Contohnya, ostematrix makan sebelum tidur kerana tidur adalah waktu kita rehat dan penyerapan kalsium yang terbaik adalah waktu kita rehat. So, haruslah jadi sid yang berilmu dan bijak. Pada customer2 jgk rajin2 lah google kay!

Saturday, September 13, 2014

Tips Hilangkan Ruam Pada Baby

Salam semua.. nk share sket tips hilangkan ruam pada bby x kisahlah ruam lampin kr ruam kat leher or celah pelipat or kt mne2 je. Yg ni mmg aku dah try mmg menjadi. Balik raya hari tu bby terkne ruam lampin sbb tukar pmpers dari drypers ke whoopee. Igtkan ok je pkai yg tu tp rupenye x sesuai kot. Hbis melect kt tempat tu. Merah menyala smpai baby x lena tdo malam sbb gatal kot. Sapu krim johnson pon x jalan. Lastly teringat tepung ubi.

Nak sapu tepung ubi tu plk ade cara. Klau bancuh gitu je mmg x menjadi sbb tekstur ia macam x melekat gitu. Ok, caranya spray kt tempat yang ruam tu then bila dia basah2 gitu terus tepek2 tepung ubi tu mcm pkai bedak sejuk tu. Insha allah berkesan. So skrg ni mmg ade stok tepung ubi kt umah aku hehe.. selamat mencuba.

Thursday, September 11, 2014

Pengalaman Saya Makan Omega Guard Shaklee

Salam semua... n3 sebelum ade cite pasal vit fevret aku. Ok aku sambung dengan omega guard shaklee. Omega ni aku makan since b4 preggy then bile preggy 1st trimester aku stop n smbung 2nd trimester.

apa perubahan makan omega guard?

Perubahan yang aku rase 1st skali kulit muke jadik halusss.. yup siyesly. Then mase preggy aku x rase mabuk n alhamdulillah bdn sihat. Xde la lemah longlai malas nk p kje pulak kan.. happy sgt n yang penting omega guard shaklee baik untuk pembentukan otak bby dalan perut kite.

yang paling best adalah aku jadik KURUS hehehe.. sebelum preggy anak 1st berat adalah 42kg n mase preggy berat naik 12 kg then dalam pantang turun hanya 8kg.. then berat statik 46kg je.. stress sgt. Sampai preggy ke2 berat naik same 12kg tp perubahan selepas pntang berat turun 16kg tinggal 42kg skrg. Best sangat rase ringan je badan. Bukan saje aku yg suke makan omega, asben pon suke jgk. Penah sekali tu badan die rase nk demam then cari2 vitamin jmpe omega telan omega sebiji alhamdulillah beberapa jam lepas tu badan rase lega.. 

selain tu omega jg boleh mengurangkan kolestrol dalam darah. Ye kolestrol dalam adalah sgt bahaya dan boleh menyebabkan strok. Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom amalkan gaya hidup sihat. 

Wednesday, September 10, 2014

Bengkak Susu? Punca dan Cara Merawat

Salam semua.. since aku pon masih lagi bf bby nayra so ari ni nk cerita pasal bengkak susu.. rasanya mostly mommies yang bf anak akan mengalami situasi begini n kadang2 sampai demam. so, jangan risau sebab ini adalah perkara biasa. tapi jangan biarkan ianya berlarutan sebab kalau kelenjar tersumbat dikhuatiri doc terpaksa buat minor operate untuk keluarkan ketulan susu tu (menurut kawan aku yg pernah pegi jumpe doc).


 
 
ok, kat atas ni image breast kita. struktur kelenjar2 susu tu. jom kita discuss apa punca bengkak susu.
 
 
Punca bengkak susu
 


1) pam tidak konsisten atau miss sesi pam
 
pada yang tiada pam, boleh gunakan teknik marmet iaitu urutan dari pangkal breast ke depan dengan urutan secara perlahan. tiada pam bukan factor utama tidak boleh ekslusif bf anak2 kita. so pada ibu2 yang bekerja, anda perlu memastikan waktu pam yang konsisten walau sesibuk mana pon kita. lambat sesi pam akan menyebabkan breast kita bengkak. hati2 ya..
 
2) sesi pam tapi tidak diikuti dengan urutan
 
urutan juga amat penting. selepas sesi pam susu habis, anda cuba urut perlahan2 breast anda. ini untuk memastikan tiada lebihan susu yang tertinggal di dalam kelenjar2 susu. jika ada, ini jg blh menjadi factor bengkak susu. jadi, luangkan paling minimum 5 min sesi urutan breast anda.
 
3) bayi tidak menyusu dengan teknik yang betul
 
secara naturalnya, bayi yang baru lahir akan dengan sendirinya pandai menyusu. akan tetapi, sebagai ibu, kita jg haruslah membantu bayi kita untuk mendapatkan teknik menyusu yang betul. bahagian nipple ibu sepenuhnya perlu masuk ke dalam mulut bayi bagi merangsang kelenjar2 susu menghasilkan susu untuk si manja anda.
 
Cara merawat bengkak susu
 
1) tuam breast anda
 
jika sedang mengalami bengkak susu, anda perlu tuam breast anda menggunakan tuala bersih ataupon boleh juga menggunakan botol air dengan mengisi air suam ke dalam botol dan tekap perlahan2. ambil masa lama sedikit dan insha allah anda akan rasa lega.
 
2) gunakan sayur kobis
 
ambil sehelai daun kobis dan tekap pada breast anda. fungsi kobis ini akan memberikan kelegaan pada breast yang bengkak susu. ambil masa sedikit dan ingat ya jangan buat dalam waktu tergesa2. anda perlu tenang dan relax
 
3) kerap direct feed (df) bayi anda
 
jika anda bekerja dan ofis berhampiran dengan taska atau rumah pengasuh anak anda, keraplah df anak anda dan ini adalah lebih bagus. lebih kerap anda df, lebih kerap jgk susu akan dihasilkan.
 
4) sikat breast
 
ini jg adalah salah satu teknik untuk melegakan bengkak susu. sikat dari pangkal breast hala ke depan nipple. ulangi cara itu sehingga anda rasa lega. buat secara lembut dan tidak kasar.
 
5) kerap urut breast
 
teknik marmet boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu. urutan perlahan dari pangkal breast ke bahagian hadapan. urutan secara perlahan.
 
ok, sume kt atas tu aku share mengikut ilmu yg aku tahu.. di harap ianya dapat membantu ibu2 yang mengalami bengkak susu.
 
 
 
 

Tuesday, September 9, 2014

Happy Birthday 2 Me!!

Salam semua... hmmmm biar gambar berbicara. ececehhh. ok, 9/9/14 genap 29 tahun aku bernafas di muka bumi Allah.. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik, suami yang penyayang, anak2 yang comel dan sebuah keluarga yang bahagia.. moga kekal till jannah aminnn.. harapan aku??? nak tgk anak2 Berjaya bile besar nanti.. harapan paling utama HIJRAH diri aku sendiri. seronok tengok kawan2 berhijrah ke arah yang lebih baik. Aku? bukan x baik dan x elok tapi boleh diperbaiki lagi mane yang terkurang... insha allah dan moga Allah terus memberikan hidayah pada aku.. aminnnn

Monday, September 8, 2014

Pra Sekolah 5 Tahun

Salam semua... nak sambung pasal vitamin Shaklee fevret aku tu tp nti dulu eh.. nak cite pasal semalam. Dapat 1 sms berbunyi begini.. ececehhh
 
 
ok, tetibe rase excited nk prepare doc sume tu... harapan aku agar kakak dapat prasekolah tu even baru 5 thn.. aku mmg nk dedahkan die dgn sekolah yg sebenar. so if dapat tu nti taun depan no more cuti2 sebab die akan sekolah betul2 bukan sekolah cobaan haih... chaiyok2.

Apa Yang Aku Suke Pasal Vitamin Shaklee??

Salam semua... hari ni nak share vitamin2 Shaklee yang aku makan smpai mmbuatkan aku jatuh chenta pada Shaklee.. siyesly! ok, 1st skali nak share vit mase preggy dulu aku paling suke makan Vitalea+oste+omega:

vitalea ni adalah multivitamin. jom kite tgk apa kebaikannya:

-  penambahan tenaga
-  pelengkap nutrisi
-  melindungi organ

aku penggemar vitalea ok. kepada ibu2 yang mengandung tu rase malas nk telan macam2 jenis vitamin yang klinik or hosp bagi, sila lah telan vitalea ni sebijik hehehe...

yang ni plk ostematrix atau pil kalsium. preggy no. 2 ni giler malas nk minum susu.. so conclusionnya aku telan oste tiap2 hari 2 - 4 biji ikut suke hehehe... Alhamdulillah bby nayra so far aku tgk ok je die.. tulang pon kuat kemain tendang2. jom tgk kelebihannya:

-  menguatkan tulang
-  memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
-  meringankan stress
-  memperbaiki masalah haid

ok, nak tambah lagi 1 bagus jgk untuk elak sembelit. siyes tau. time dalam pantang aku makan ni Alhamdulillah x susah nk membuang...

last but not least yang ni Omega Guard atau pun lebih dikenali dengan minyak ikan. ia adalah minyak ikan terbaik di dunia tau... jom tgk apa kelebihannya:

-  membantu tumbesaran dan otak janin
-  meningkatkan system imun dan menyihatkan paru-paru
-  mencegah penyakit saluran darah dan strok
-  mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

ok, ketiga2 di atas aku makan since b4 preggy smpai la ke preggy smpai la ke sekarang ini... bukan utk diri sndiri je tp untuk bby jgk sbb bile bf smua khasiat2 yg kite makan tu akan dpt kt die jgk.. best kan.. ade lg yang aku consume selain dr 3 yang atas ni.. smbung lain n3 k....ok untuk best consult contact lah aku k.. tata...

ct noorytah
sid Shaklee 881199
017-2818002





Thursday, September 4, 2014

Adik Kakak

 
Salam semua... fuhhhh lame x bersiaran kat sini. sory geng.. Dah masuk bulan 9.. hehehe senyum sampai ke telinga. almost 29yo dah fuh fuh... tahun depan 3 series aiyarkkkkk. waiting 4 my bday tp adiah da dpt dlu thank hubby!! nak belanja sekeping gambar my buchuk 2 orang ni.. kakak 4yo n bby 8mos.. Alhamdulillah dua2 anak ibu membesar depan mata. syukur Allah pinjamkan mereka kepada kami...

Thursday, June 26, 2014

Pap Smear, Sakit ke??

Salam semua.. ok hari ni terasa nak berkongsi mengenai pap smear sebab smlm bru buat pap smear. tak plan pon. bagus jgk x plan sbb biasenya benda2 yang diplan selalu x menjadi.

alkisah semalam pegi checkup bby nayra di klinik kesihatan presint 11. aku, hubby n kakak pggl baby sebab die comelll sangat (ibu mmg selalu perasan gitu). so dah setel checkup smua nurse tanya aku dah buat pap smear ke lum. ok siyesly since anak 1st mmg x penah buat. sebelum preggy ri tu nk wat tgk2 cek preggy pulok.. kne postpone.

syarat utk buat pap smear tu adalah tidak bersama suami dalam mase 24jam sebelum. tidak mengandung dan tidak period. klau period guane nk buat ye dak.. hihi. ok, aku mmg chekup anak2 kt kk p11. checkup preggy pon kt situ n yg bestnye dalam setengah jam dah siap. then bile nurse tnye tu aku jadi terkebil2 pk nak ke xnak. klau pk malu, sakit, segan mmg xmo buat. tp pk mase depan ok.

aku story dlu tujuan utama pap smear ni adalah untuk mengesan kehadiran kanser serviks atau jangkiman kuman/virus lain. dalam kata lain mencegah lebih baik dari mengubati ye dak? ok, siapa yang sepatutnya melakukan pap smear??? wanita yang sudah berkahwin, wanita yang belum berkahwin tapi pernah melakukan hubungan seks, wanita yang mempunyai ramai anak, wanita yang terlibat dalam gejala merokok. itu yang aku tau la..

ok, kembali kepada cerita aku tadi. dah isi segala mak nenek borang die akan buat pemeriksaan payudara dlu. bagus jgk utk mengesan ketumbuhan pada breast. then lepas tu bru wat pap smear. die akan masukkan 1 alat mcm muncung itik tu. sakit ke x??? pada aku nk kate x sakit tu menipu la.. tp xlah sakit sgt kirenye ok je lah hehe... lepas tu sampel dinding serviks then dorg akan hntr ke lab. nurse tu kate result akan dapat dalam mase 3 bulan. klau swasta lg cepat kot hehe.. kt bawah ni ade sedikit gambaran prosedur untuk wat pap smear. x sakit sangat la.. uolls pegi la buat sebab cancer serviks tu adalah cancer yg pertama yg sering menghantui wanita. hope result aku normal.. rabbi yassir wala tuassir ya karim....