WELCOME TO MY DEAREST FREN.... THIS BLOG IS ABOUT ME, FAMILY AND MY BUSSINES~~SHAKLEE :)

Followers

Sunday, June 14, 2015

Kelas Mengaji Al-Baghdadi

Assalamualaikum semua... nak story pasal kelas mengaji hania.. dah dekat 2 bulan aku masukkan ke kelas mengaji al baghdadi presint 11d. sebab dekat sgt ngan rumah. hntr pon jalan kaki. agak2 malas, ayah naik motor hehe.. syukur smua skul hania dekat2. bukan x boleh nak ajar mengaji sndiri.. boleh sgt memandangkan aku jgk basic dr skolah aliran agama 1 ketika dolu keh keh..cuma masa kadang2 x mengizinkan. 

ok, details pasal kelas mengaji ni terletak di Presint 11D. Yuran RM80 sebulan dan waktu mengaji adalah 2 kali seminggu iaitu pada selasa dan rabu jam 8-9 mlm. jadiknya xde la hania dok malangut tgk tv cite katun je kan. at least masa dia terisi dengan kelas mengaji al quran.. dan akan datang plan daku nak upah tcer dtg mengajar tuisyen kt rumah. dpt seminggu sekali pon jadikla n subjek yg aku tekankan kt sni adalah maths. mungkin ramai kata ianya terlalu awal. pada aku waktu2 mcm ni la anak2 kecil ini akan cepat tangkap apa yg tcer ajar. itu plannya jer. aku tau selalunya mak2 yg akan plan itu ini utk anak2. bukan bermakna ayah2 lgsung x ambik tau tp aku rasa mak2 lebih particular kot hehehe. klau nak details hp kelas mengaji albahgdadi tu wassap aku eh 017-2818002. kat situ jgk ada kelas mengaji utk org dewasa tau. klau nak menambah ilmu baca alquran boleh je daftar kt situ. aku tgk ari tu xlah ramai sgt. so xde la segan sgt kan. ok, bye! wassalam...

Tuesday, June 2, 2015

Kencing Manis dan simptom

Sakit kencing manis atau diabetis melitus adalah penyakit kronik yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (kandungan gula/glukosa tinggi dalam darah). Statistik setakat November 2014 seramai 2.6 juta rakyat malaysia mengidap penyakit kencing manis dan statistik membimbangkan ini meletakkan Malaysia tangga ke 10 di dunia dengan pengidap penyakit kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.

Jenis-jenis penyakit kencing manis:

1. Insulin Dependent Diabetis Mellitus (bergantung pada insulin)
- biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
- biasanya badan tidak boleh menghasilkan insulin

2. Non-Insulin Dependent Diabetis Mellitus(tidak bergantung pada insulin)
- jenis paling biasa dihidapi dan lebih 90% adalah daripada golongan ini
- biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan
- sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasikan tidak mencukupi

Simptom-simptom kencing manis

1. Paras gula dalam darah tinggi

cara untuk mengetahui paras gula dalam darah adalah melalui pemeriksaan doktor di klinik kesihatan atau swasta. Lakukan pemeriksaan secara berkala agar anda dapat memantau kandungan gula dalam badan.

2. Dahaga yang berlebihan dan kerap membuang air kecil pada waktu malam

pesakit kencing manis akan berasa dahaga berlebihan walaupun minum air dengan kuantiti yang banyak. Apabila terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang akan bekerja keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. ini akan memaksa anda kerap membuang air kecil pada waktu malam dan akan menyebabkan anda rasa haus.

3. Kerap berasa lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa menyebabkan paras gula jatuh. Apabila paras gula dalam darah jatuh, badan anda menganggap anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa berfungsi.

4. Luka lambat sembuh

Simptom yang diketahui umum. Ini berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu memulihkan luka.

5. Penglihatan kabur.

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia akan mengubah bentuk kanta mata dan boleh menyebabkan penglihatan kabur. Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila paras gula dalam darah adalah normal atau hampir normal.

6. Kulit merengsa

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau ketiak menjadi gelap.Pada tahap ini, seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka tidak tinggi.







Monday, June 1, 2015

Sudah Sampaikah Masanya Untuk Aku....

Salam semua.. mggu lepas 27 Mei berlangsung Majlis Persada Gemilang JPA di Dewan Sri Endon.. Alhamdulillah... selepas 9thn berkhidmat, aku dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2014. Tidak mengharap tetapi andainya ini rezeki aku bersyukur.. aku anggap rezeki anak2. Walau selepas 9thn berkhidmat.. aku redha. ada member2 yang dah 2 kali dpt dalam tempoh itu. aku anggap ini semua rezeki dari Allah.. lepas dapat APC ni sudah sampaikah masanya untuk aku bertukar angin ke agensi lain??? hati masih lagi di sini. kalau ikutkan hati mahu truskan khidmat bakti di sni smpai pencen. kita tunggu dan lihat saja nanti. apa2 pun alhamdulillah atas rezeki yg Allah bagi ni. akan ku kekalkan dah tambahbaik kecemerlangan masa hadapan insha allah....


Pesta Flora Putrajaya 2015

Salam semua.. sabtu lepas aku n fmly ke pesta flora. kul 9 lebih dah smpai ke pesta flora presint 4 putrajaya. excited walaupun tiap2 tahun x penah miss pegi. awal pg dah siap2 sbb aku ni jnis x suka pack2 sgt n jem sane sini. malam be4 tu aku ke presint 4 tu jgk nak tgk magic of the nite katekan. tgk kapal2 berhias perform kt tasik tu. cantik2 sgt kapal2 tu dihiasi lampu warna warni. tp syg sbb aku xdpt tgk dekat2 sbb jalan jem. so kitorg berenti je kt tepi2 jalan berdekatan jambatan ke2 tu. nampak jgk la walau dr jauh.

ok berbalik kpd pesta flora td, ianya berlangsung dr 30 mei hingga 7 jun 2015. tiket masuk rm5 utk dewasa n rm1 utk kanak2 setahun ke atas. manakala nk masuk winter spring mcm rumah iglu yg besar tu plk rm3 xkira lah dewasa or kanak2. tp aku x sempat nk masuk winter spring sbb ramai sgt umat. so kitorg jln2 kt tmpat2 bunga tu lah. cat pavillion pon ada tau. menempatkan kucing2 yg comel2 belaka. geram nengok. pesta flora ni open dr jam 9am - 10pm weekdays n 9am - 12am utk weekend. pd yg xda plan ke mana2 cuti skolah ni g lah pesta flora tu. cuma aku nasihatkan pegi awal2 pg parking byk kosong lg. ok bye!