WELCOME TO MY DEAREST FREN.... THIS BLOG IS ABOUT ME, FAMILY AND MY BUSSINES~~SHAKLEE :)

Followers

Wednesday, September 10, 2014

Bengkak Susu? Punca dan Cara Merawat

Salam semua.. since aku pon masih lagi bf bby nayra so ari ni nk cerita pasal bengkak susu.. rasanya mostly mommies yang bf anak akan mengalami situasi begini n kadang2 sampai demam. so, jangan risau sebab ini adalah perkara biasa. tapi jangan biarkan ianya berlarutan sebab kalau kelenjar tersumbat dikhuatiri doc terpaksa buat minor operate untuk keluarkan ketulan susu tu (menurut kawan aku yg pernah pegi jumpe doc).


 
 
ok, kat atas ni image breast kita. struktur kelenjar2 susu tu. jom kita discuss apa punca bengkak susu.
 
 
Punca bengkak susu
 


1) pam tidak konsisten atau miss sesi pam
 
pada yang tiada pam, boleh gunakan teknik marmet iaitu urutan dari pangkal breast ke depan dengan urutan secara perlahan. tiada pam bukan factor utama tidak boleh ekslusif bf anak2 kita. so pada ibu2 yang bekerja, anda perlu memastikan waktu pam yang konsisten walau sesibuk mana pon kita. lambat sesi pam akan menyebabkan breast kita bengkak. hati2 ya..
 
2) sesi pam tapi tidak diikuti dengan urutan
 
urutan juga amat penting. selepas sesi pam susu habis, anda cuba urut perlahan2 breast anda. ini untuk memastikan tiada lebihan susu yang tertinggal di dalam kelenjar2 susu. jika ada, ini jg blh menjadi factor bengkak susu. jadi, luangkan paling minimum 5 min sesi urutan breast anda.
 
3) bayi tidak menyusu dengan teknik yang betul
 
secara naturalnya, bayi yang baru lahir akan dengan sendirinya pandai menyusu. akan tetapi, sebagai ibu, kita jg haruslah membantu bayi kita untuk mendapatkan teknik menyusu yang betul. bahagian nipple ibu sepenuhnya perlu masuk ke dalam mulut bayi bagi merangsang kelenjar2 susu menghasilkan susu untuk si manja anda.
 
Cara merawat bengkak susu
 
1) tuam breast anda
 
jika sedang mengalami bengkak susu, anda perlu tuam breast anda menggunakan tuala bersih ataupon boleh juga menggunakan botol air dengan mengisi air suam ke dalam botol dan tekap perlahan2. ambil masa lama sedikit dan insha allah anda akan rasa lega.
 
2) gunakan sayur kobis
 
ambil sehelai daun kobis dan tekap pada breast anda. fungsi kobis ini akan memberikan kelegaan pada breast yang bengkak susu. ambil masa sedikit dan ingat ya jangan buat dalam waktu tergesa2. anda perlu tenang dan relax
 
3) kerap direct feed (df) bayi anda
 
jika anda bekerja dan ofis berhampiran dengan taska atau rumah pengasuh anak anda, keraplah df anak anda dan ini adalah lebih bagus. lebih kerap anda df, lebih kerap jgk susu akan dihasilkan.
 
4) sikat breast
 
ini jg adalah salah satu teknik untuk melegakan bengkak susu. sikat dari pangkal breast hala ke depan nipple. ulangi cara itu sehingga anda rasa lega. buat secara lembut dan tidak kasar.
 
5) kerap urut breast
 
teknik marmet boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu. urutan perlahan dari pangkal breast ke bahagian hadapan. urutan secara perlahan.
 
ok, sume kt atas tu aku share mengikut ilmu yg aku tahu.. di harap ianya dapat membantu ibu2 yang mengalami bengkak susu.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment