WELCOME TO MY DEAREST FREN.... THIS BLOG IS ABOUT ME, FAMILY AND MY BUSSINES~~SHAKLEE :)

Followers

Tuesday, September 24, 2013

Set Bajet Shaklee

Salam semua... ok hari ni nk cite pasal shaklee.. yelah aku kan SID shaklee haruslah promote jgk.. untuk sesape yang mempunyai bajet yang rendah tp nk jgk try shaklee yang superb ni boleh dapatkan dr aku utk set2 yang berikut:

1- set kurus
2- set kecantikan
3- set pantang

Semua set di atas hanya rm100. ye, jgn x percaya tau! klau nk tau dapat ape je setiap set tu contact lah aku yang cute ni cewahhh puji diri sendiri pulak.. sms/wassap pon blh 0172818002. free consultation promise!! hehehe

Thursday, September 19, 2013

Checkup 27 weeks..

Salam Jumaat semua... alhamdulillah syukur.. dah masuk 27 weeks. semalam checkup di Klinik Kesihatan Presint 11. smooth je sbb kt situ x ramai org. pegi kul 2 n kul 3 dah settle. kne injection kancing gigi uwaaaaa T_T.. hehe mcm pestaim je kne inject. padahal b4 ni kne amik darah bagai hehe... syukur jgk result MGTT aka air gula normal. so bebas dar kencing manis hehe.. mmg family history xde kencing manis. hb ok 11.3. selama preggy x penah ada masalah hb. berat naik 2.2kg. bg aku tu sesuatu yg agak membimbangkan hehehe.. tp nurse kate juz nice. siap puji lg pndai puan jaga mkn. ok, mmg aku control makan. bukan bermakna diet tp makan makanan yg berzat je. nasi kurang n lebihkan lauk. sbb pengalaman dlu mengajar aku cewahhhh. yela, mse preggy ke humaira dlu berat mmg sntiasa naik la. nurse siap advice utk kurangkan karbohidrat n lebihkan lauk2 dalam makanan. ok, aku igt smpai skrg. so, latest weight semalam timbang 51kg. b4 ni xpenah cecah 51kg kecuali time preggy hehehe

ok, ape yg membimbangkan aku adalah bby aku yg bakal lahir ni.. worried takut kne jaundis mcm si kakak dlu. lame kemain smpai 3 mggu. merasa dok wad 2 malam. kenapa aku risau?? sebab darah aku adalah O +ve. semalam nurse pn ade remind kt aku. if xnk bende yg sme jd kt bby aku ni, aku kne jge hb spy x kurang dr 11. jaga pemakanan. vitamin jgn lupe (for sure x lupe hehe jual vitamin kan). ayah aku remind spy makan kurma at least 3 bji sehari. yes! exactly aku ade terbaca utk mengelakkan bby kne jaundis, salah 1 cara makan kurma n kismis time preggy. aku amalkan n hope bby aku dijauhi dr jaundis... aminnn. yang lain xde masalah.. alhamdulillah n syukur sgt2 preggy ke2 ni Tuhan lebih permudahkan urusan aku. moga sampai bersalin nanti aminn... takut, risau, cuak mmg ada. serah kepadaNya. ok, babay....

Tuesday, September 17, 2013

26 Weeks Oredy

ehsan pakcik google. suke sgt gambo ni sbbnye keadaan myra hari2 mmg gini la. usap perut ibu sambil gentel pusat yang terjojol hehehe
Salam semua.. mood nk mengupdate sekarang ni hehehe.. bersarang suda belog ni hehehe.. ok, officially n mungkin ramai dah tau i'm 26 weeks pregnant mommy. excited pon ada n for sure takut pon ada. tp more kepada excited la. bak kate mak aku klau dah ade dalam perot tu nk ke xnak kne jgk kuarkan hehehe... tp cara nk kuarkan tu yg aku risau. hope dpt bersalin normal mcm myra dlu. last week wat scan 3d/4d. alhamdulillah smua ok n bby sihat. gender???? tunggu la bulan 12 hehehe.. kemungkinan gegel. then aku akan punggah baju si kakak tu utk basuh hehe.. no sorting ok senang cite wew~~ tp dalam bulan 11 nti lah kot start mendobi semula. yela, walaupon bju bajan tu penah pkai kne basuh jgk sbb dah lme simpan dalam lemari tu...

nak story psl preggy kali ni aku dpt rase lain sket. sket je la.. lain dr segi semangat n pemakanan. aku lebih tough than preggy yg dlu. dlu tu rse letih je manjang. balik kje terus je landing kt sofa fuhhh heaven rase. yg ni aku lebih kuat n yg plg best no morning sickness. haaa.. bab ni mmg sme cam dlu. xde muntah2 cume loya2 biase je. smpai 4 bulan hilang rase loya tu. n yg paling best jgk alhamdulillah dengan izinNya, aku dpt puase penuh yay! xde masalah ape2 time bulan puase ari tu malah aku rase mcm biase je. x la lapar bebeno. maybe sbb sahur pepagi tu kan. then niat yg penting. tp x bestnye berat turun time bulan pose ari tu. xpe2 aku dah cover ngan lepas raya sekali naik 2kg lebih hamik ko hehehe.....

cite pasal humaira plk, awal2 aku dah ajar dalam perot ade adik bby n alhamdulillah die faham. minggu lepas berborak2 ngan die n aku still bahasakan die adik then die jawab "ibu, jgn pggl kite adik la pggl kite kakak.. eh, bukan2 pggl kite humaira" ok, fine. tandanya die mmg betul2 dah faham. perangai die mmg jgn kate lah.. dah makin besar ni mcm2 pe'el. kadang2 die akan buat atau cakap apa2 yang out of the box. means aku x sangka die akan buat/ckp cenggitu. kirenye dah mcm org tua lah. mcm mak nenek dah hehehe.. die jgk kawan gadoh aku. klau ngan hubby owhhh hubbyku sgt berlembut ngan die.. hmmmm bby yg ke2 nanti cemane plk pe'elnye kan.. aaaaa can't wait. ok lah, aku berenti dlu nk g mamam ni dah lapo. babay!

Monday, September 16, 2013

Apa itu Jaundis?

gambar hiasan
Jaundis adalah masalah yang kerap dialami oleh bayi baru lahir. Jika bayi anda mengalami jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu pakar pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya, tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning.

Punca
Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang-kala hepar mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luar biasa yang disebabkan oleh penyakit hepar atau penyakit resus). 

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf tetapi ini berlaku hanya apabila bilirubin berada pada tahap yang terlalu tinggi. Kira-kira 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan mengalami jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Pada kebiasaannya jaundis akan hilang selepas seminggu. 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.

Merawat Jaundis
Jika anda menyusukan bayi, anda perlu menyusu bayi dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda daripada tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak. Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.
Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor mungkin menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur aras bilirubinnya. Doktor juga perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih 14 hari. Sesetengah bayi mungkin memerlukan rawatan fototerapi. Jadi, bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya hepar dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Bayi-bayi yang memerlukan rawatan fototerapi perlu berbaring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi tradisional adalah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif seperti fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah yang paling efektif bagi bayi menghidapi jaundis. Ada juga terdapat kes jaundis disebabkan jangkitan dan ini memang perlu dirawat.Bayi yang mempunyai penyakit resus mudah menghidap jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah. 

Ujian
Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi ahli pediatrik anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya adalah dengan memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat. Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya bersifat sementara. Ia akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan. Ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus.