WELCOME TO MY DEAREST FREN.... THIS BLOG IS ABOUT ME, FAMILY AND MY BUSSINES~~SHAKLEE :)

Followers

Wednesday, May 21, 2014

Nayra @Taska Sumayyah Presint 11

Salam sume.. ok kali ni nk story pasal bby plk. Yup bby mmg da start hntr taska since awal bulan ni 3.5.14. 1st day hntr mmg la dok terfikir je kt bby. Kt opis x fokus wat kje. Kul 10.30 da call tnye n so far tcher dia kata bby nayra ok je.. bru bgn tdo nk mndikan. Fuhh lega.. x sabar nk kul 5 nk trus amik bby n nk tau story mory tcher dia. Balik2 tu bila aku tnya nayra cemana ok ke? Tcher die jawab "ya Allah kak senang giler kot jaga dia. Tdo xde masalah n susu pon ok". Ya Allah tuhan je yang tau betapa lega betapa happynya aku smpai bergenang air mata gmbira. Doa aku setiap sujud dalam penghujung solat dimakbulkan. Yes! Aku mintak pada Dia moga Dia permudahkan urusan tcher anak2ku utk menjaga mereka dan sesungguhnya Dia Maha Mendengar rintihan hambanya.. dimakbulkan setiap bait2 doa dan permintaan aku. 

Ok kt taska sumayyah pulak yuran rm380. So total dua2 kakak n adik berapa dah tu? Korg kirelah sndiri hahaha. Tp aku x kisah as long as dorg serasi kt situ n yg penting cikgu2 dorg ok n mampu jaga n didik dorg. Syukur.... xyah nk berkira sgt lahai dgn anak2.. taska bby nayra pulak dr skul kakak tu trus je smpai hjung x smpai seminit da tiba taska bby pulak.. ok tu je nk story. if nak contact num pengurus taska tu wassap aku 0172818002 k. Jmpe next time k tata...
 

Friday, May 9, 2014

Humaira VS Little Caliph

Salam semua.. da lme nk share psl skul bru kakak ni @Little Caliph presint 11.. happy dia kt situ walaupon kdg2 ada jgk sebut nk g skul lame. Nk wat cemane ibu xmampu.. yuran skul lme kakak naik dr rm350 ke rm450.. LC ni rm390 n dekat je ngn rumah.. cer tgk gambo tu..


Tu yg arrow kuning tu..

Hntr jalan kaki je pon.. aku tgk byk bende die blajar esp solat. Da hafal sket2 ayat dlm solat. Selain tu kakak da start blajar nk mengeja huruf. Sapa xnak yg terbaik utk anak2 dorg kan.. how time flies tgk2 kakak da besar. Miss the moment mse kakak bru nk blajar meniarap, merangkak, duduk then berjalan.. T_T tahun depan plan aku nk hntr kakak ke prasekolah n tgk jgk pd kekosongan. Tp mampukah dia? Dedahkan dia dengan sekolah sebenar sebelum waktunya. Tp mngikut penelitian aku, she is a strong girl. Insha allah.... plan je la bru. Tgk nti cemane.. ok pasni nk story skul bru bby nayra. Yup! Bby da hntr taska ok!

Friday, May 2, 2014

Alhamdulillah..

Di kala jam menunjukkan 4.56pg hihi sempat lg update blog. Bersiaran secara langsung dr rumah mertua di pekan pahang. Yg bestnye klau sedar kul 3 or 4 pg trus jengah dapur sbb mil mesti tengah wat nasik lemak.. yup mil meniaga nasik lemak tp x bukak kedai la just hntr kt org. Sedap tau hehehe.. wajib makan klau balik pekan. Dah la balik 2 bln sekali huhuhu sedey..

Ok nk story pasal bby nayra. N3 dua hari lepas psl selesema dan minyak bawang putih kan kan.. ok yg aku prasan lepas try minyak tu dia byk kali bersin then kuar yg pekat2 tu. Aiyorkkk seram nengok sbb klau lendiran tu x kuar ape jadik?? Korg bayangkan la... T_T alhamdulillah slowly recovered from flu.. fever mmg dah ok. Batuk xde sgt. Thank god. Xde apa yg membuatkan hati ini happy dan lega melainkan melihat anak2 sihat. Aku try minyak bawang putih tu since rabu malam tp selang seli dgb vicks tau. Sapu kt bahagian dada, tapak kaki, ubun2 dan belakang. Alhamdulillah nmpak perubahan... korg cuba k..



ct noorytah
sid shaklee 881199
0172818002

vitalea+vit c Pengganti Paracetamol

Salam semua.. kami sekeluarga bru pulih dr demam batuk n selesema. Cuma batuk masih ade sisa2.. bby hope die kuat. Ari tu mse aku demam cuba sedaya upaya utk tidak telan panadol. Kepala ligat pk alternatif lain selain paracetamol. Then tetibe ting! Telan 2 biji vitamin c n sebiji vitalea. Pastu pkai stokin pkai sweater then tdo. Mmg berkesan n berpeluh jgk rase. Happy sgt sbb selain dpt ilangkan demam dpt jgk salurkan vitamin pd bby thru bf. So korg yg bf tu elakkan dr makan panadol sbb sedikit sebanyak akan pegi ke bby nti. 

Thursday, May 1, 2014

Petua kurangkan selesema bayi

Salam semua.. dah lama x bersiaran hehehe.. ku akui kekangan masa di situ. Ok hari ni masuk hari ke3 bby nayra selesema. Batuk so far xde. Tp this is the 1st time bby selesema. Dah lme jgk tdo kami tidak terganggu dek tangisan bby. Even dalam pntg mmg nayra jnis x jaga malam. Klau bgn pon nk menyusu jek. So kami laki bini berjaga malam dek kerana bby nayra xblh nk tdo sgt. Mjur si ayah mmg cuti semalam. Aku ade cari pkcik google psl petua nk hilangkan selesema bby. So ni die yg aku cube:

1. Ambik 1 atau 2 ulas bawang putih then bakar.
2. Bakar smpai kulit itam then letak dalam bekas n pecah2kan.
3. Pastu campur minyak zaitun.
4. Sapu di bahagian tapak kaki bby, dada, belakang n ubun2 die.

ok ni baru masuk hari ke2 aku cuba sapu. Nti aku update keberkesanannya k. Selamat mencuba.