WELCOME TO MY DEAREST FREN.... THIS BLOG IS ABOUT ME, FAMILY AND MY BUSSINES~~SHAKLEE :)

Followers

Tuesday, June 2, 2015

Kencing Manis dan simptom

Sakit kencing manis atau diabetis melitus adalah penyakit kronik yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (kandungan gula/glukosa tinggi dalam darah). Statistik setakat November 2014 seramai 2.6 juta rakyat malaysia mengidap penyakit kencing manis dan statistik membimbangkan ini meletakkan Malaysia tangga ke 10 di dunia dengan pengidap penyakit kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.

Jenis-jenis penyakit kencing manis:

1. Insulin Dependent Diabetis Mellitus (bergantung pada insulin)
- biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
- biasanya badan tidak boleh menghasilkan insulin

2. Non-Insulin Dependent Diabetis Mellitus(tidak bergantung pada insulin)
- jenis paling biasa dihidapi dan lebih 90% adalah daripada golongan ini
- biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan
- sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasikan tidak mencukupi

Simptom-simptom kencing manis

1. Paras gula dalam darah tinggi

cara untuk mengetahui paras gula dalam darah adalah melalui pemeriksaan doktor di klinik kesihatan atau swasta. Lakukan pemeriksaan secara berkala agar anda dapat memantau kandungan gula dalam badan.

2. Dahaga yang berlebihan dan kerap membuang air kecil pada waktu malam

pesakit kencing manis akan berasa dahaga berlebihan walaupun minum air dengan kuantiti yang banyak. Apabila terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang akan bekerja keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. ini akan memaksa anda kerap membuang air kecil pada waktu malam dan akan menyebabkan anda rasa haus.

3. Kerap berasa lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa menyebabkan paras gula jatuh. Apabila paras gula dalam darah jatuh, badan anda menganggap anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa berfungsi.

4. Luka lambat sembuh

Simptom yang diketahui umum. Ini berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu memulihkan luka.

5. Penglihatan kabur.

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia akan mengubah bentuk kanta mata dan boleh menyebabkan penglihatan kabur. Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila paras gula dalam darah adalah normal atau hampir normal.

6. Kulit merengsa

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau ketiak menjadi gelap.Pada tahap ini, seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka tidak tinggi.







No comments:

Post a Comment