WELCOME TO MY DEAREST FREN.... THIS BLOG IS ABOUT ME, FAMILY AND MY BUSSINES~~SHAKLEE :)

Followers

Monday, December 8, 2014

Vitamin C Shaklee Vitamin Magic?

Salam semua... hmmm tengok tajuk pon kemain lagik yer.. ok, aku nk cerita pasal Vitamin C Shaklee ok. Shaklee je tau klau vitamin C lain tu aku x tau. Jumaat lepas balik keje kepala rasa berat n sakit. smpai ke malam.. selalunya tdo then pagi esok lega tp still sakit lg.. mr. hubby kje plk sabtu tu. maklum lah hjung tahun ni agak bz sket dengan kewangan. weekdays pon balik jam 8 malam. so, bila dia nk g kje tu sempat la pesan kt aku suruh telan Panadol. plissss ok aku ni bukan takut makan ubat tp mmg dah lama x sentuh Panadol tau.. say no to paracetamol tu dia.... selagi boleh tahan satu2 sakit tu aku tahan. lagi pulak aku tengah breast feed bby. so, aku tolak mentah2 cadangan dia utk mkn Panadol tu.

tetibe tingg!! ceh imagine atas kepala ada 1 mentol lampu.. hahaha.. aku teringat vitamin2 yg aku ada. so, aku capai vitamin C telan sebijik pastu mnum air masak byk2. then buat lah kje umah basuh baju mop lantai bagai.. tetibe ntah bile aku pon x pasan sakit kepala tu ilang dengan sendirinya... lega rasa... fuhhh aku terfikir vitamin C Shakle
e tu magic ke hahaha.. dats y aku suke sangat!!! arggghhhhh bulan ni plk ada promo vitamin C. rugi x grab wei.. babai

Ct Noorytah
SID Shaklee 881199
017-2818002

Tuesday, November 11, 2014

New Look!

Assalamualaikum w.b.t. semua.. taraaaa.. new header photo. ermmm.. nk letak gambo reramai tp letak gambo budak be2 ni dlu ek hehehe.. fuhhhh jap nk sapu sawang jap hihi. lame x update. super bz. la ni bos tadak kite godek2 blog k. korang yg bace ni sihat? aku alhamdulillah sht.. anak2 pon. byk nk crita tp satu persatu k. orait.. aku nk solat asar sat. will update later... babay korang..

Wednesday, October 1, 2014

PROMOSI ESP-ENERGIZING SOY PROTEIN

Salam semua.. rasanya sape x kenal ESP ni kan? ESP dari shaklee merupakan satu2nya produk di dalam pasaran yg menjamin penyediaan asid amino penting yg tidak dpt dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai utk semua peringkat umur. Manakala kandungan Indeks Glisemik yg rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai jg kepada pengidap kencing manis. Apa dia keistimewaan esp yg org dok cerita sana sini tu? Jom tgk..


1. ESP UNTUK KECANTIKAN KULIT

ok sape2 nk kulit cntik sgt2 digalakkan minum esp. Tp jgn la berharap hari ni consume esp esok trus dpt kulit cntik hehe. Konsisten minum n insha allah uolls akn dpt kulit cntik yg diidamkn. Parut jerawat n jerawat pudar. Kulit muka tegang n muka fresh je.. ni testimoni yg aku boleh bg..




2. ESP UNTUK MENAMBAH DAN PEKATKAN SUSU BADAN

ok yang ni aku pon amalkan. Alhamdulillah bby 9bln masih bf dan sempat la nk pump susu kat opis. Wajib pam sebab breast cepat bengkak susu. Best je rase pump time bengkak gitu. 10oz pon blh dpt. Tp uolls jgn mgharap sgt bile minum esp trus susu jd byk. Kene seiring dgn doa, makanan penambah susu contoh sawi, yg paling penting keep on pumping sbb susu akan lebih banyak produce bile kite kerap menyusukan bby or pump. Segala saraf dan kelenjar susu akan bekerja kuat lagi klau kite kerap pump. X caya? Cube lah.. cer tgk testimoni ni..


3. ESP UNTUK KURUS?

aku tahu banyak produk2 kurus yg melambak2 di pasaran. tp aku suggest yg 1 ini sahaja sebab kite tau ianya vitamin semulajadi. biar lambat asal selamat. kalau cepat sgt kurus tu pon takut jgk. bukan takut ape, takut banyak bahan kimia. cust yg penah try esp utk kurus bg feedback minum esp rasa kenyang. tp jangan la mgharap mnum ari ni sok boleh kurus... hihi.. kalau disertai dengan exercise, mnum air masak 3L sehari n jaga pemakanan lagi dapat membantu tau tau..




4. ESP UNTUK ATASI 'PERIOD PAIN'

ada segolongan wanita2 yg period akan mengalami period pain. pada aku plk dlu mse bujang ade jgk rasa tp bile dah kawen n lepas bersalin x rse dah.. ok, esp jgk boleh bantu korang utk atas period pain atau lebih dikenali dengan senggugut. cer tgk tengok testimoni kt bawah ni k.




Banyak lg kelebihan dan kebaikan ESP ni. kalau rasa2 nk cuba boleh sangat. tambahan pulak bulan oktober ni adalah promo ESP dengan harga yang sangat2 menjunam. dah beli ESP kompem2 dapat consult free khas dr saya.


Ct noorytah
SID shaklee 881199
0172818002

nak cod pon boleh
area Putrajaya, seri kembangan, kota warisan
dan postage serata malaysia.




Friday, September 26, 2014

Kenapa Jadual Makan Shaklee Berbeza?

Salam semua.. maaf lama daku x bersiaran dr sini hehe.. since ada kuiz di grup wassap fmly shaklee so kami discuss pasal jadual makan vitamin shaklee yang berbeza2. Aku rasa ramai sid shaklee penah diaju soklan "kenapa ade sid bg jadual makan vitamin x sama?"

Ok setelah berdiskusi brsama teman seperjuanganku, banyak ilmu yg aku dpt. Ok, 1st skali nk bgtau vitamin bukan ubat k. Vitamin adalah suplement. Ada org tanya kenapa perlu makan vitamin?? Jawapan aku, vitamin adalah makanan tambahan sebsb kita xkan dapat semua vitamin yg kita perlu dalam pemakanan seharian. Contoh sayur2an n anak2 kita ada yg x makan sayur rite? So itu pentingnya supplement ni sbb dia akan support apa yang body kita perlu tp kita x dpt nk bagi.. so, jelas x?? 

Ok berbalik kepada jadual makan tadi, dah namanya suplement so timing makan ikut masing2 yg mana rasa the best time nk makan pg terpulang.. tp kne wat research jgk bila timing terbaik utk makan suplement tu. Contohnya, ostematrix makan sebelum tidur kerana tidur adalah waktu kita rehat dan penyerapan kalsium yang terbaik adalah waktu kita rehat. So, haruslah jadi sid yang berilmu dan bijak. Pada customer2 jgk rajin2 lah google kay!

Saturday, September 13, 2014

Tips Hilangkan Ruam Pada Baby

Salam semua.. nk share sket tips hilangkan ruam pada bby x kisahlah ruam lampin kr ruam kat leher or celah pelipat or kt mne2 je. Yg ni mmg aku dah try mmg menjadi. Balik raya hari tu bby terkne ruam lampin sbb tukar pmpers dari drypers ke whoopee. Igtkan ok je pkai yg tu tp rupenye x sesuai kot. Hbis melect kt tempat tu. Merah menyala smpai baby x lena tdo malam sbb gatal kot. Sapu krim johnson pon x jalan. Lastly teringat tepung ubi.

Nak sapu tepung ubi tu plk ade cara. Klau bancuh gitu je mmg x menjadi sbb tekstur ia macam x melekat gitu. Ok, caranya spray kt tempat yang ruam tu then bila dia basah2 gitu terus tepek2 tepung ubi tu mcm pkai bedak sejuk tu. Insha allah berkesan. So skrg ni mmg ade stok tepung ubi kt umah aku hehe.. selamat mencuba.

Thursday, September 11, 2014

Pengalaman Saya Makan Omega Guard Shaklee

Salam semua... n3 sebelum ade cite pasal vit fevret aku. Ok aku sambung dengan omega guard shaklee. Omega ni aku makan since b4 preggy then bile preggy 1st trimester aku stop n smbung 2nd trimester.

apa perubahan makan omega guard?

Perubahan yang aku rase 1st skali kulit muke jadik halusss.. yup siyesly. Then mase preggy aku x rase mabuk n alhamdulillah bdn sihat. Xde la lemah longlai malas nk p kje pulak kan.. happy sgt n yang penting omega guard shaklee baik untuk pembentukan otak bby dalan perut kite.

yang paling best adalah aku jadik KURUS hehehe.. sebelum preggy anak 1st berat adalah 42kg n mase preggy berat naik 12 kg then dalam pantang turun hanya 8kg.. then berat statik 46kg je.. stress sgt. Sampai preggy ke2 berat naik same 12kg tp perubahan selepas pntang berat turun 16kg tinggal 42kg skrg. Best sangat rase ringan je badan. Bukan saje aku yg suke makan omega, asben pon suke jgk. Penah sekali tu badan die rase nk demam then cari2 vitamin jmpe omega telan omega sebiji alhamdulillah beberapa jam lepas tu badan rase lega.. 

selain tu omega jg boleh mengurangkan kolestrol dalam darah. Ye kolestrol dalam adalah sgt bahaya dan boleh menyebabkan strok. Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom amalkan gaya hidup sihat. 

Wednesday, September 10, 2014

Bengkak Susu? Punca dan Cara Merawat

Salam semua.. since aku pon masih lagi bf bby nayra so ari ni nk cerita pasal bengkak susu.. rasanya mostly mommies yang bf anak akan mengalami situasi begini n kadang2 sampai demam. so, jangan risau sebab ini adalah perkara biasa. tapi jangan biarkan ianya berlarutan sebab kalau kelenjar tersumbat dikhuatiri doc terpaksa buat minor operate untuk keluarkan ketulan susu tu (menurut kawan aku yg pernah pegi jumpe doc).


 
 
ok, kat atas ni image breast kita. struktur kelenjar2 susu tu. jom kita discuss apa punca bengkak susu.
 
 
Punca bengkak susu
 


1) pam tidak konsisten atau miss sesi pam
 
pada yang tiada pam, boleh gunakan teknik marmet iaitu urutan dari pangkal breast ke depan dengan urutan secara perlahan. tiada pam bukan factor utama tidak boleh ekslusif bf anak2 kita. so pada ibu2 yang bekerja, anda perlu memastikan waktu pam yang konsisten walau sesibuk mana pon kita. lambat sesi pam akan menyebabkan breast kita bengkak. hati2 ya..
 
2) sesi pam tapi tidak diikuti dengan urutan
 
urutan juga amat penting. selepas sesi pam susu habis, anda cuba urut perlahan2 breast anda. ini untuk memastikan tiada lebihan susu yang tertinggal di dalam kelenjar2 susu. jika ada, ini jg blh menjadi factor bengkak susu. jadi, luangkan paling minimum 5 min sesi urutan breast anda.
 
3) bayi tidak menyusu dengan teknik yang betul
 
secara naturalnya, bayi yang baru lahir akan dengan sendirinya pandai menyusu. akan tetapi, sebagai ibu, kita jg haruslah membantu bayi kita untuk mendapatkan teknik menyusu yang betul. bahagian nipple ibu sepenuhnya perlu masuk ke dalam mulut bayi bagi merangsang kelenjar2 susu menghasilkan susu untuk si manja anda.
 
Cara merawat bengkak susu
 
1) tuam breast anda
 
jika sedang mengalami bengkak susu, anda perlu tuam breast anda menggunakan tuala bersih ataupon boleh juga menggunakan botol air dengan mengisi air suam ke dalam botol dan tekap perlahan2. ambil masa lama sedikit dan insha allah anda akan rasa lega.
 
2) gunakan sayur kobis
 
ambil sehelai daun kobis dan tekap pada breast anda. fungsi kobis ini akan memberikan kelegaan pada breast yang bengkak susu. ambil masa sedikit dan ingat ya jangan buat dalam waktu tergesa2. anda perlu tenang dan relax
 
3) kerap direct feed (df) bayi anda
 
jika anda bekerja dan ofis berhampiran dengan taska atau rumah pengasuh anak anda, keraplah df anak anda dan ini adalah lebih bagus. lebih kerap anda df, lebih kerap jgk susu akan dihasilkan.
 
4) sikat breast
 
ini jg adalah salah satu teknik untuk melegakan bengkak susu. sikat dari pangkal breast hala ke depan nipple. ulangi cara itu sehingga anda rasa lega. buat secara lembut dan tidak kasar.
 
5) kerap urut breast
 
teknik marmet boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu. urutan perlahan dari pangkal breast ke bahagian hadapan. urutan secara perlahan.
 
ok, sume kt atas tu aku share mengikut ilmu yg aku tahu.. di harap ianya dapat membantu ibu2 yang mengalami bengkak susu.
 
 
 
 

Tuesday, September 9, 2014

Happy Birthday 2 Me!!

Salam semua... hmmmm biar gambar berbicara. ececehhh. ok, 9/9/14 genap 29 tahun aku bernafas di muka bumi Allah.. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik, suami yang penyayang, anak2 yang comel dan sebuah keluarga yang bahagia.. moga kekal till jannah aminnn.. harapan aku??? nak tgk anak2 Berjaya bile besar nanti.. harapan paling utama HIJRAH diri aku sendiri. seronok tengok kawan2 berhijrah ke arah yang lebih baik. Aku? bukan x baik dan x elok tapi boleh diperbaiki lagi mane yang terkurang... insha allah dan moga Allah terus memberikan hidayah pada aku.. aminnnn

Monday, September 8, 2014

Pra Sekolah 5 Tahun

Salam semua... nak sambung pasal vitamin Shaklee fevret aku tu tp nti dulu eh.. nak cite pasal semalam. Dapat 1 sms berbunyi begini.. ececehhh
 
 
ok, tetibe rase excited nk prepare doc sume tu... harapan aku agar kakak dapat prasekolah tu even baru 5 thn.. aku mmg nk dedahkan die dgn sekolah yg sebenar. so if dapat tu nti taun depan no more cuti2 sebab die akan sekolah betul2 bukan sekolah cobaan haih... chaiyok2.

Apa Yang Aku Suke Pasal Vitamin Shaklee??

Salam semua... hari ni nak share vitamin2 Shaklee yang aku makan smpai mmbuatkan aku jatuh chenta pada Shaklee.. siyesly! ok, 1st skali nak share vit mase preggy dulu aku paling suke makan Vitalea+oste+omega:

vitalea ni adalah multivitamin. jom kite tgk apa kebaikannya:

-  penambahan tenaga
-  pelengkap nutrisi
-  melindungi organ

aku penggemar vitalea ok. kepada ibu2 yang mengandung tu rase malas nk telan macam2 jenis vitamin yang klinik or hosp bagi, sila lah telan vitalea ni sebijik hehehe...

yang ni plk ostematrix atau pil kalsium. preggy no. 2 ni giler malas nk minum susu.. so conclusionnya aku telan oste tiap2 hari 2 - 4 biji ikut suke hehehe... Alhamdulillah bby nayra so far aku tgk ok je die.. tulang pon kuat kemain tendang2. jom tgk kelebihannya:

-  menguatkan tulang
-  memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
-  meringankan stress
-  memperbaiki masalah haid

ok, nak tambah lagi 1 bagus jgk untuk elak sembelit. siyes tau. time dalam pantang aku makan ni Alhamdulillah x susah nk membuang...

last but not least yang ni Omega Guard atau pun lebih dikenali dengan minyak ikan. ia adalah minyak ikan terbaik di dunia tau... jom tgk apa kelebihannya:

-  membantu tumbesaran dan otak janin
-  meningkatkan system imun dan menyihatkan paru-paru
-  mencegah penyakit saluran darah dan strok
-  mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

ok, ketiga2 di atas aku makan since b4 preggy smpai la ke preggy smpai la ke sekarang ini... bukan utk diri sndiri je tp untuk bby jgk sbb bile bf smua khasiat2 yg kite makan tu akan dpt kt die jgk.. best kan.. ade lg yang aku consume selain dr 3 yang atas ni.. smbung lain n3 k....ok untuk best consult contact lah aku k.. tata...

ct noorytah
sid Shaklee 881199
017-2818002





Thursday, September 4, 2014

Adik Kakak

 
Salam semua... fuhhhh lame x bersiaran kat sini. sory geng.. Dah masuk bulan 9.. hehehe senyum sampai ke telinga. almost 29yo dah fuh fuh... tahun depan 3 series aiyarkkkkk. waiting 4 my bday tp adiah da dpt dlu thank hubby!! nak belanja sekeping gambar my buchuk 2 orang ni.. kakak 4yo n bby 8mos.. Alhamdulillah dua2 anak ibu membesar depan mata. syukur Allah pinjamkan mereka kepada kami...

Thursday, June 26, 2014

Pap Smear, Sakit ke??

Salam semua.. ok hari ni terasa nak berkongsi mengenai pap smear sebab smlm bru buat pap smear. tak plan pon. bagus jgk x plan sbb biasenya benda2 yang diplan selalu x menjadi.

alkisah semalam pegi checkup bby nayra di klinik kesihatan presint 11. aku, hubby n kakak pggl baby sebab die comelll sangat (ibu mmg selalu perasan gitu). so dah setel checkup smua nurse tanya aku dah buat pap smear ke lum. ok siyesly since anak 1st mmg x penah buat. sebelum preggy ri tu nk wat tgk2 cek preggy pulok.. kne postpone.

syarat utk buat pap smear tu adalah tidak bersama suami dalam mase 24jam sebelum. tidak mengandung dan tidak period. klau period guane nk buat ye dak.. hihi. ok, aku mmg chekup anak2 kt kk p11. checkup preggy pon kt situ n yg bestnye dalam setengah jam dah siap. then bile nurse tnye tu aku jadi terkebil2 pk nak ke xnak. klau pk malu, sakit, segan mmg xmo buat. tp pk mase depan ok.

aku story dlu tujuan utama pap smear ni adalah untuk mengesan kehadiran kanser serviks atau jangkiman kuman/virus lain. dalam kata lain mencegah lebih baik dari mengubati ye dak? ok, siapa yang sepatutnya melakukan pap smear??? wanita yang sudah berkahwin, wanita yang belum berkahwin tapi pernah melakukan hubungan seks, wanita yang mempunyai ramai anak, wanita yang terlibat dalam gejala merokok. itu yang aku tau la..

ok, kembali kepada cerita aku tadi. dah isi segala mak nenek borang die akan buat pemeriksaan payudara dlu. bagus jgk utk mengesan ketumbuhan pada breast. then lepas tu bru wat pap smear. die akan masukkan 1 alat mcm muncung itik tu. sakit ke x??? pada aku nk kate x sakit tu menipu la.. tp xlah sakit sgt kirenye ok je lah hehe... lepas tu sampel dinding serviks then dorg akan hntr ke lab. nurse tu kate result akan dapat dalam mase 3 bulan. klau swasta lg cepat kot hehe.. kt bawah ni ade sedikit gambaran prosedur untuk wat pap smear. x sakit sangat la.. uolls pegi la buat sebab cancer serviks tu adalah cancer yg pertama yg sering menghantui wanita. hope result aku normal.. rabbi yassir wala tuassir ya karim....


Thursday, June 19, 2014

Vitamin E Shaklee Vitamin Cinta???

Apa itu vit e shaklee???

Dibuat daripada soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.

MANFAAT UTAMA VITAMIN E

- Melindungi jantung - pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan penghasilan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.

- Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif - Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

- Anti Penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muk, dada dan otot peha.

- Anti Oksidan Yang Kuat - Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.

- Kelestarian Tenaga - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

- Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.

- Menghalang Keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopous seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.

-  Memperbaiki Parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


So, dah terang jelas dan nyata vitamin E bukan sahaja bagus untuk kecantikan kulit, malah untuk kelestarian tenaga dan ianya dipanggil juga vitamin cinta awwww!

Siti Noorytah Amir
SID Shaklee 881199
017-2818002

Monday, June 2, 2014

Betul ke Makan Omega Guard Shaklee Boleh Kurus???

Yuppp!!! aku menjawab persoalan itu. testimoni terdekat diri aku sendiri. tapi lain org lain metabolisme badan. bagi aku mmg serasi sangat dengan omega ni. b4 preggy berat 46kg. sebelum bersalin 58kg naik 12kg. stndart aku time prggy mmg naik 12 kg.. pitamm kejap haha. then yg latest timbang mggu lepas 44kg. lost lg 2kg dr berat asal. baju n suar longgar even suar tut pon hahaha.. sila jangan bayang. hmmm omega mmg pembakar lemak plg power esp kolestrol dalam darah. boleh jugak membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah. iyer.. even badan aku kecik tp kolestrol dalam darah agak membimbangkan jugak. so baiklah kite mencegahnya.. x salah mencuba. air masak 3liter sehari jgn lupa k.

Wednesday, May 21, 2014

Nayra @Taska Sumayyah Presint 11

Salam sume.. ok kali ni nk story pasal bby plk. Yup bby mmg da start hntr taska since awal bulan ni 3.5.14. 1st day hntr mmg la dok terfikir je kt bby. Kt opis x fokus wat kje. Kul 10.30 da call tnye n so far tcher dia kata bby nayra ok je.. bru bgn tdo nk mndikan. Fuhh lega.. x sabar nk kul 5 nk trus amik bby n nk tau story mory tcher dia. Balik2 tu bila aku tnya nayra cemana ok ke? Tcher die jawab "ya Allah kak senang giler kot jaga dia. Tdo xde masalah n susu pon ok". Ya Allah tuhan je yang tau betapa lega betapa happynya aku smpai bergenang air mata gmbira. Doa aku setiap sujud dalam penghujung solat dimakbulkan. Yes! Aku mintak pada Dia moga Dia permudahkan urusan tcher anak2ku utk menjaga mereka dan sesungguhnya Dia Maha Mendengar rintihan hambanya.. dimakbulkan setiap bait2 doa dan permintaan aku. 

Ok kt taska sumayyah pulak yuran rm380. So total dua2 kakak n adik berapa dah tu? Korg kirelah sndiri hahaha. Tp aku x kisah as long as dorg serasi kt situ n yg penting cikgu2 dorg ok n mampu jaga n didik dorg. Syukur.... xyah nk berkira sgt lahai dgn anak2.. taska bby nayra pulak dr skul kakak tu trus je smpai hjung x smpai seminit da tiba taska bby pulak.. ok tu je nk story. if nak contact num pengurus taska tu wassap aku 0172818002 k. Jmpe next time k tata...
 

Friday, May 9, 2014

Humaira VS Little Caliph

Salam semua.. da lme nk share psl skul bru kakak ni @Little Caliph presint 11.. happy dia kt situ walaupon kdg2 ada jgk sebut nk g skul lame. Nk wat cemane ibu xmampu.. yuran skul lme kakak naik dr rm350 ke rm450.. LC ni rm390 n dekat je ngn rumah.. cer tgk gambo tu..


Tu yg arrow kuning tu..

Hntr jalan kaki je pon.. aku tgk byk bende die blajar esp solat. Da hafal sket2 ayat dlm solat. Selain tu kakak da start blajar nk mengeja huruf. Sapa xnak yg terbaik utk anak2 dorg kan.. how time flies tgk2 kakak da besar. Miss the moment mse kakak bru nk blajar meniarap, merangkak, duduk then berjalan.. T_T tahun depan plan aku nk hntr kakak ke prasekolah n tgk jgk pd kekosongan. Tp mampukah dia? Dedahkan dia dengan sekolah sebenar sebelum waktunya. Tp mngikut penelitian aku, she is a strong girl. Insha allah.... plan je la bru. Tgk nti cemane.. ok pasni nk story skul bru bby nayra. Yup! Bby da hntr taska ok!

Friday, May 2, 2014

Alhamdulillah..

Di kala jam menunjukkan 4.56pg hihi sempat lg update blog. Bersiaran secara langsung dr rumah mertua di pekan pahang. Yg bestnye klau sedar kul 3 or 4 pg trus jengah dapur sbb mil mesti tengah wat nasik lemak.. yup mil meniaga nasik lemak tp x bukak kedai la just hntr kt org. Sedap tau hehehe.. wajib makan klau balik pekan. Dah la balik 2 bln sekali huhuhu sedey..

Ok nk story pasal bby nayra. N3 dua hari lepas psl selesema dan minyak bawang putih kan kan.. ok yg aku prasan lepas try minyak tu dia byk kali bersin then kuar yg pekat2 tu. Aiyorkkk seram nengok sbb klau lendiran tu x kuar ape jadik?? Korg bayangkan la... T_T alhamdulillah slowly recovered from flu.. fever mmg dah ok. Batuk xde sgt. Thank god. Xde apa yg membuatkan hati ini happy dan lega melainkan melihat anak2 sihat. Aku try minyak bawang putih tu since rabu malam tp selang seli dgb vicks tau. Sapu kt bahagian dada, tapak kaki, ubun2 dan belakang. Alhamdulillah nmpak perubahan... korg cuba k..



ct noorytah
sid shaklee 881199
0172818002

vitalea+vit c Pengganti Paracetamol

Salam semua.. kami sekeluarga bru pulih dr demam batuk n selesema. Cuma batuk masih ade sisa2.. bby hope die kuat. Ari tu mse aku demam cuba sedaya upaya utk tidak telan panadol. Kepala ligat pk alternatif lain selain paracetamol. Then tetibe ting! Telan 2 biji vitamin c n sebiji vitalea. Pastu pkai stokin pkai sweater then tdo. Mmg berkesan n berpeluh jgk rase. Happy sgt sbb selain dpt ilangkan demam dpt jgk salurkan vitamin pd bby thru bf. So korg yg bf tu elakkan dr makan panadol sbb sedikit sebanyak akan pegi ke bby nti. 

Thursday, May 1, 2014

Petua kurangkan selesema bayi

Salam semua.. dah lama x bersiaran hehehe.. ku akui kekangan masa di situ. Ok hari ni masuk hari ke3 bby nayra selesema. Batuk so far xde. Tp this is the 1st time bby selesema. Dah lme jgk tdo kami tidak terganggu dek tangisan bby. Even dalam pntg mmg nayra jnis x jaga malam. Klau bgn pon nk menyusu jek. So kami laki bini berjaga malam dek kerana bby nayra xblh nk tdo sgt. Mjur si ayah mmg cuti semalam. Aku ade cari pkcik google psl petua nk hilangkan selesema bby. So ni die yg aku cube:

1. Ambik 1 atau 2 ulas bawang putih then bakar.
2. Bakar smpai kulit itam then letak dalam bekas n pecah2kan.
3. Pastu campur minyak zaitun.
4. Sapu di bahagian tapak kaki bby, dada, belakang n ubun2 die.

ok ni baru masuk hari ke2 aku cuba sapu. Nti aku update keberkesanannya k. Selamat mencuba.

Monday, March 10, 2014

Resipi Sedap ESP+Buah Oren

Salam semua.. fall in love dgn ESP sbb ianya adalah milk boosterku.. ok jom kite tgk resipi ESP+buah oren. Senang, cepat dan mudah.

Langkah 1: sediakan esp dan sebiji buah oren. 



Langkah 2: Kupas buah oren ambil isinya saja.



Langkah 3: Bancuh esp bersama 1 gelas air dan masukkan ke dalam pengisar beserta buah oren yg telah dikupas tadi. Kisar bahan tersebut.



Taraa dah siap.. masuk dalam fridge pon sedap minum sejuk nyaman je rasa.. cubalah!


Sunday, March 9, 2014

Main Pasir @Pullman

Salam semua.. alkisah ptg smlm tetibe rse nk bwk kakak p main pasir. Dok pk2 kt mne ek yg terdekat?? Nk g kt sepang tu xmo r jauh sket tbe2 teringat kt hotel pullman ade pntai buatan hehehe.. trus siap2 kul 5lbh gerak g sne. Xmo lme2 sbb jerebu ade lg takut nayra xthn pulak.. jom tgk pic...

See kakak senyum simpul dpt main pasir hehe.. ibu n adik da mndi so xmo main kotor k..

kakak dpt kawan lah....
Ok nmpak x ade budak cina pmpuan tu? Very friendly tau.. kitorg smpai dlu then tetibe die dtg trus pegi kt kakak n say hello.. nk main same2 lah tu.. 

Adik yg behave n suke jalan2.. tu tgh amik feel nk memerut hehehe
Next time blh pegi lagi klau nk cari pntai yg lite2 je situla tmpatnye.. juz ade pasir je tau jgn nk feeling2 nk mndi plk hahaha.


Saturday, March 8, 2014

Breakfast dengan ESP+Performence Drink

Salam semua.. oleh kerana ibu beranak dua ni lately bz tetibe ting! Dpt 1 idea hehehe.. minum pg dan petang dengan esp+performence drink. Apa yg aku rasa bile minum dua bende ni, esp tu tentu2lah milk booster kan dan utk tenaga jgk.. PD plk cnfirm la utk kekal cergas wew~~ cara bancuhan esp+pd tu aku cmpurkan 1sudu esp dgn 2sudu PD n sejukkan dlm fridge. Mnum sjuk2 nyaman je tekak. Lg2 sbb PD tu rse oren. Jom cuba!! 

Tuesday, March 4, 2014

ESP Anjalkan Payudara?

Salam smua.. wahhh tajuk bukan main lagi hehehe. Tp ini kenyataan tau x tipu. Testimoni ofismate sendiri yg mne kawen bulan 11 ari tu. Dia consume tin 1 esp sebab nk kulit cantik katenye.. x lme pastu bile esp die nk habis die dtg jumpa aku die nk oder lg sambil bisik kt telinga 'minum ni mmg blh anjalkanbreast ek?' Hahaha aku gelak sakan. Aku ckp mmg la. Dia suka sgt sbb time tu da nak kawen so mmg patut sgt haha. Apa lagi terus oder lg.. tu testimoni kawan sendiri tau. Aku suk sgt bila dpt tolong org2 yg memerlukan.. apa lagi jom minum esp sbb bulan ni tgh promo esp. Nk harga super duper dari aku roger aku k. Babay..

ct noorytah
Sid shaklee 881199
0172818002

Sunday, March 2, 2014

Hatiku Gundah Gulana

Salam semua.. n3 dipenghujung mlm.. anak2 n suami dah tdo tp si ibu msh lum dpt lelap mata. Haishhh gundah gulana hati ni. Memikirkan hari esok. Kenapa ek? Sok hari penting bg aku dan anak2 aku. Baby nayra akan ku hntr ke pengasuh n kakak pulak 1st day ke skul little caliph. Beralih arah dr gemilangku enrichment center ke little caliph sebab LC seberang jalan kt umh ni je hehehe. Dekat dgn umh senang nk hntr. Tu aku x risau sebab kakak pndai sesuaikan diri. Dia pon gelisah je td katanya x sabar nk ke skul esok. Mana x nya cuti 3 bln sama ngn ibu. Byk pelajaran yg tertinggal. Ok yg aku risau si adik. Pestaim nk hntr pengasuh. Dulu kakak dr bby 2 bln smpai skrg ke taska. Kali ni no choice sbb yuran bby di taska cecah rm450 fuhh. Rasa mcm nk benti keje pulak haha. Pengasuh bby nayra wife kpd mber asben aku. Memandangkan asben aku kenal so kurang sikit la risau dan ketakutan diri ini cehhh. Tp aku hrp bby nayra behave dgn 'mama' baru dia. Pliss syg behave urself ok. Berbekalkan susu 5pack hope cukup la. Moga tuhan permudahkan urusan aku utk exclusive bf bby nayra untill 6mos n seterusnya 2y. Ameennn. Oh ya, aku x start kje lg sebenarnya. Hntr bby nayra pon sbb nk train awal dgn mama dia so that x lah susah aku nk kje nanti. Lg 2 mggu sisa2 cuti aku. Akan kumanfaatkan sepenuhnya...

Friday, February 28, 2014

Set Berpantang Shaklee

Salam semua.. utk sesi berpantang kali ke2 ni for sure aku amik dr shaklee. Vitamin yg ada vitalea, b kompleks, vit c n zink kompleks. Klau tnye aku yg mane plg aku suke aku akan jawab sume. Bukan sebab aku sid shaklee tp sbb aku mmg fall in love dgn sume vitamin dr shaklee. Dah la vitamin semulajadi kan.. ok kenapa aku suke vitamin tu?? 

Vitalea: ia adalah multivitamin yg sgt best. Aku pernah demam x kebah2 means x recover sepenuhnye. Aku telan vitalea alhmdulillah dgn izin tuhan aku sht mcm biasa. 

B kompleks: slh 1 vit utk kecantikan jg. Dats y aku suke. Bkomp jg dipanggil vit penenang haha. Dlm pntg kan perlukan kesabaran yg tggi. Lg la ank ke2. 

Vit c: vit utk kecantikan jg. Sumber utk kuatkan antibodi. Yela bile bf ni vit c tu akn dpt jgk ke ank.. alhmdulillah nayra blum penah selesema demam n kulit cantik licin je hehe...

zink kompleks: haaa yg ni nk habaq sket aku dlu time bersalin kakak rambut byk gugur smpai rse nk g yun nam kah kah. Siyes byk gugur. Bile kakak da start sembur2 air liur lg aku risau. Tp bile bersalin nayra ni rmbut kurg gugur n luka cepat baik. 

Tu la sbb kenapa aku pilih shaklee :)

Ct noorytah
sid shaklee 881199
0172818002

Wednesday, February 26, 2014

Susu Kambing Elak Jaundis

Salam semua.. spt post sebelum ni, aku nk story pasal susu kambing. Kenapa susu kambing? Sbb susu kambing bagus utk elak jaundis. Pengalaman aku sndiri minum susu kambing mse preggy ke2 ni. Kali ni aku mmg sgt berjaga2 sbb xnk pisang berbuah 2 kali ecehhh... maira dlu jaundis tggi smpai msuk wad n jaundis lme gak la smpai 3 mggu. Jnuh ubat kg pon xjln last elok sndiri. So preggy nayra ni aku da bersiap sedia google. Yg aku tau kurma, kismis, delima n susu kambing. Sume tu aku amalkan. Tkut kne jaundis lg sbb aku drh o+ve. So mmg berjaga2. Alhamdulillah menjadi. Susu kambing aku minum mase hjung2 preggy da nk smpai mse bersalin tu. So korg leh la cuba k.

Persediaan Berpantang

Salam semua.. da lme x update blog. Byk benda nk cerita tp kekangan mase. Asik tersimpan dalam draf je ;). Ok kali ni nk story pasal preparation aku berpantang kali ke2. Brpantang kali ke2 ni aku rse lebih baik dr berpantang pertama kali dulu. Mase bersalin humaira hanya prepare dari segi kelengkapan baby. Xtau kenapa xtelus soal diri sndiri hehehe. Ok kali ni nk listkan sket preparation 2nd confinement aku:


1- set berpantang aku pilih shaklee. Pestaim cuba berpantang dgn shaklee sbb mse kakak dlu aku x kenal lg shaklee. Kenal hanya pd nama je. Details set pantang shaklee yg aku amik adalah vitalea, vit c, b kompleks n zink kompleks dan aku add oste n alfalfa utk bf. Sgt2 membantu memulihkan tenaga aku n luka memandangkan aku bersalin normal. Yg paling aku perasan rambut aku kurang gugur mcm dlu2 hehe.. sgt suke. Smpai ke hari ini fully bf nayra. Moga Allah permudahkan urusan aku.

2- sesi mengurut. Kali ni aku mmg plan nk berpantang seminggu di putrajaya utk sesi mengurut dan takut if ade jaundis n tinggi blh msuk wad sni je lebih selesa. Pengalaman msuk was sbb jaundis mmg ade mse humaira dlu. Lepas bersalin aku trus balik kg. Maira kne jaundis kt kg so msuk wad tangkak. Aduhaiiii rase x selesa ditambah plk bdn msh lemah. Tu yg aku decide nk stay putrajaya dlu smggu n alhamdulillah nayra kne jaundis 3hari je tu pon start hari ke5 n x tinggi takat 126 pd hari pertama. Pasal nk elak jaundis pon aku ade tips aku share next entry k. Tukang urut kali ni aku amik di banting. 1 sesi mengurut rm150 lengkap urut, tungku, mandi herba (daun2 asli dia sediakan), pakaikan bengkung, urut n mandi bby, pakai param n pilis semua tu la. Pd aku harga ok dgn rate duduk di putrajaya ni kan. Klau kt kg tu jgn citelah mmg murah sket. Tukang urut aku dtg siap bawak periuk tau hehehe n die drive sndiri dtg rumah. Klau nk num hp die msj or wassap aku k 0172818002.

3- pam susu, storage bottle n plastic. Preggy kali ni aku byk cari gali ilmu pasal breastfeeding. Pd aku mse dlm pntg mmg sgt2 memerlukan pam susu tu. Kenapa? Sebab saiz perut bayi yg bru lahir adalah sebesar bola pingpong so susu yg lebih2 korg pam la wat stok. Aku salute sgt2 pd mereka2 yg bekerja yg blh bf anak sehingga 2thn. Rase mcm ptut diberi award je sbb aku bru tau byk dugaan dan rintangan. Klau x kuat semangat mmg rase nk beli je fm. Mse humaira xde wat preparation sume tu. Dah bersalin bru gagau cari pam susu. Zero knowledge.

4- pengasuh anak or taska. Ini penting ye.. sebenarnya mse preggy lg patutnye kite dah prepare. Jgn dah nk naik kje baru nk cari mmg sendiri yg susah nti. 

5- krim herba panas. Memandangkan aku penah guna krim mustajab so aku decide pakai tu je. Ala yg ade iklan nora danish tu konon2nya blh kurus pkai krim tu haha. Aku rse mmg perlu krim panas tu. Sapu kt perut bg yg bersalin normal n sapu kt tapak kaki sbb blh membantu mengecutkan rahim kite.

6- nursing bra. Ok aku rse pon yg ni pnting sbb senang nk bf anak kite mse dalam pantang. Jakun sbb x penah pkai time maira dlu haha jakun kan? Pkai bra biase n sgt2 menyiksakan. Aku stndby 2 helai je sbb xpenah pkai n bru nk cuba. Sgt selesa n aku shopping online lg beberapa helai hehehe. Dlm pntg xde benda lain asik menyoping kjenye..

7- breast pad. Aku beli breast pad sbb x suka bra bsh time air susu kuar.. ye bila kite susukan anak, breast sebelah lg akan kuar air susu jgk ye...

8- bengkung. Sgt2 pnting utk jd selim melim mcm b4 preggy.. hihi mak suke noksss.. mse maira dlu aku pkai bengkung yg panjang berjela tu. Tp sgt2 mmbantu merampingkan pinggang aku balik. Kali ni member aku bg pinjam bengkung express zmn2 skrg ni punye. Aku x berapa suke sbb xketat mcm bengkung dlu. Maybe sbb tang pinggang aku kecik sket so bile dah ikat jd longgar. Tp tang punggung mmg best. Ade pro n con lahh...

Ok ckup takat tu yg aku igt. Ini preparation utk mak je tau utk baby yg bakal lahir xkan korg xtau nk beli ape hehe.. k babay.. salam..

Monday, February 10, 2014

Peppermint Ginger Plus Shaklee

Salam semua.. ok hari ni nk story mengenai Peppermint Ginger Plus (PGP) Shaklee. PGP adalah kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur iaitu halia, daun pudina, adas dan cekur manis dan dihasilkan di bawah prosedur standart dengan melalui penggunaan sains teknologi terkini. Jom kita tgk apa manfaat utama 4 herba yg terkandung dlm PGP..

♥ pudina: melegakan otot perut, m'punyai kesan penenang. Membantu dalam pghadaman mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Selain itu ia melegakan kesan2 sampingan spt muntah, hilang selera makan yg timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu menyekat demam apabila sesorang itu dijangkiti selesema.

♥halia: masyarakat Cina telah mggunakan halia lebih drpd 2000 tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia utk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (sms pantang).

♥ pokok adas (fennal): orang2 eropah mengambil biji adas selepas makan utk mghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Ia juga dapat membantu dlm mslh alergi pd saluran usus.

♥ cekur manis (anise): digunakan oleh org2 Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik utk pencernaan, menahan kulat yg menyebabkan penyakit kulit biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap.

ct noorytah
sid shaklee 881199
0172818002

Thursday, February 6, 2014

Kronologi Kelahiran Nayra

Salam semua... syukur alhamdulillah ya rabb sbb aku dah selamat melahirkan sorg lg cahaya mata perempuan pada 17.12.13 jam 11.32 mlm. Hilang segala sakit bile tgk wajah bby sndiri. Anak yg kedua ni aku namakan nurhaneen nayra yg bermaksud cahaya kesayangan yang berkilauan. Moga nayra jd permata berkilauan ibu n ayah bile dah besar nti. Kronologi kelahiran nayra:

15.12.14: jam 10mlm aku rasa contraction yang teramatlah sakit. menggigil kepala lutut ni habaq hang.. time tu tengah tunggu hubby balik beli laici kang. tp xde feel dah mkn sebab sakit y mndatang. aku tru decide ajak hubby g hosp. adik aku kt umah jaga humaira. sesampai di dewan bersalin Hosp. Putrajaya, nurse cek buku pink n die decide aku ke Wad Bersalin Berisiko Rendah Presint 8 sbb aku xde masalah ape2. smpai kt sane bukaan bru 1cm then nurse suro admit. aku punyelah xnk tp hubby suro jgk. die takut pape hal berlaku.. so bermalamlah aku di WBBR Presint 8.

16.12.14: bgn pagi2 tu nurse dtg wat CTG utk cek contraction. still ada tp bukaan bru 2cm. aku mtk balik rumah doc xbg jgk. doc xmo amik risiko sbb aku msh ada contraction. mjur ank ke2 ada pngalaman mse doc wat VE (cek bukaan jalan). so xde lah sakit. smpai ke ptg 3cm. so bermalam lg aku kt situ. rindu x terkata pd humaira hanya tuhan saje yg tahu... mujur dekat tiap kali waktu melawat hubby dtg bawak die..

17.12.14: bukaan still 3cm. doc pakar wat lawatan suggest utk aku di induce or operate sbb contraction ada tp jalan xbukak sgt.. aku jd tergamam bila ditanya cmtu ditambah pula doc pelatih+nurse keliling aku.. arggghhh mmg dugaan. aku trus ckp kt doc walaucemanapun saya nk bersalin normal. then doc ckp biar die yang wat keputusan. die suro aku induce dlu n try normal then if x boleh bru operate. aku berserah. nurse trus call labor room HPj utk prepare 1 room utk aku coz aku akan bersalin on dat day jgk.. kul 4.30 ptg hubby dtg ngn humaira n adik aku. bru je smpai nurse da pggl aku utk naik ambulance ke HPj.. gigil jgk hahaha.. aku cium humaira n time tu air mata bergenang. nk berjuang lah katekan. sama ada hidup atau mati uwaaaaaaaa T_T.. siap smua dokumen aku naik ambulance n trus ke HPj. smpai kt HPj jam 6 trus msuk labor room n bermulalah  episod suka dan duka T_T.. doc pelatih ramainye... n kali ni r doc lelaki yg mengirisi proses kelahiran nayra. mjur doc pelatih sume tu kejap je... cadangan asal utk aku diinduce x jadi sebab bukaan dah 4cm then doc trus pecah air ketuban. time tu mula contraction yg amat sangat. dar jam 6 hingga 11mlm aku dlm labor room. jam 11.32pm lahir tuan puteri intan payung ke2 ku.. 3.36kg patutlah payah sket nk push. tp dengan tenaga yang ada aku cuba jgk. nk normal kan... alhamdulillah Tuhan permudahkan segala urusan... siap jahit luka semua aku dibawa ke WBBR semula. so far smua ok then tengahari tu dan boleh discharge.. suka duka pahit manis mmg kenangan. akan kukenang bila2.....