WELCOME TO MY DEAREST FREN.... THIS BLOG IS ABOUT ME, FAMILY AND MY BUSSINES~~SHAKLEE :)

Followers

Monday, August 31, 2015

MY 1ST JUBAH EVER..


Assalamualaikum... mood menjahit sudah mariiiii.. alhamdulillah dapat siapkan jubah diri sndiri mngikut saiz n kehendak diri. lagi 1 sudah pasti mengikut labuh diri yg kemetot ini hehehe.. say gudbye to zawara ececehhhh.. salu klau nk beli dress kt zawara sbb ade saiz aku tp mmg kne ejas tang labuh.. xpe kt umh aiolsss ade mesin jait hehehe.. ok taraaaaa.. kat bawah ni pic my 1st jubah ever.. ade ketidakemasan sedikit di bahagian depan/ zip. n zip tu jgk aku x jht zip sorok sbb xde tapak zip sorok. jadik lah kan.. asalkan blh pkai. bahagian depan tu blh ttup dgn shawl or tdung.. ok lepasni nk merempit jht dress anak2 plk.. ini dia kelebihan mak2 yg kemetot mcm aku.. akk ipar bg kain 5m dapat jubah mak n dress anak2 dara ku. kasi ejas sana sini mujur cukup kain... ok, nti akanku update lg hasil2 jahitanku ok.. bye!



Sunday, August 16, 2015

Saloon Muslimah Di Presint 9, Putrajaya


Assalamualaikum wbt smua.. ok, nak story.. mgu lepas hr rabu aku ke saloon utk gunting rambut.. ate rmbut dah ghupe rapunzel jadiknyer.. berat rase. so, aku sevey2 kt member n aku buat keputusan utk ke Muslimah Beauty Saloom & Spa. Kenapa? sebab ianya adalah utk muslimah shj yakni kaum hawa. kaum adam not allowed hehehe.. lokasinya adalah di flat ijau (skrg dah warna lain) di atas kedai mamak deret2 dgn kedai bakery. kul 1 tghari asben dtg amik aku.. kesian dia dah la puasa 6 hr last. sggup dtg menemani isteri. tp dia tggu kt kereta je la ngorok hihihi. aku trus naik tangga ke tingkat atas. 

Sampai depan pintu, aku masuk n tgk ada sorg je customer then trus aku duduk rdy utk saloon.. dalam setengah cmtu siap! tp time tu aku ber2 je tau. klau ramai idok tau pulak teman. ok, fyi saloon tu buka dr 10 pg hingga 9mlm. time balik kje aku rasa msti pack tu yg aku g time lunch. so, aku potong layer n rm18 sahaja.. xtau ler mahal ke murah sbb klau potong kt saloon anty kt kg aku tu rm6 jer hehehe.. biasa lah kt bandar kan.. so uolls blh lah try ke situ nti.. bukan je saloon tp ianya jgk adalah sejenis spa ok! tp aku x penah try lg lah hehehe.. babai!

Tuesday, August 4, 2015

SELAMAT HARI RAYA UOLLSSS!!

Salam semua... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin aku ucpkan pd smua.. moga x terlambat ye.. wow.. masing2 tengah sibuk memenuhi jemputan open house dr mngu lepas bawak ke mggu ni ye dak... ok, tahun ni kami smua beraya di tangkak, johor.. kampung aku. ofkoz lah happy sbb kampung sndiri. tp x kisah pon.. if raya kg asben dlu pon ok nti dpt lah lame2 skit kt kg aku ye dak. dua2 pon ok... ni gambar raya kami.. tema raya tahun 2015 ni adalah peach. i like pastel kaler.. x suka kaler terang2 n dark2.. hehehe


alhamdulillah... balik raya kali ni x merasa jem. balik rabu sebelum raya tu lebuhraya PLUS smooth jer.. maybe sbb rmai dah balik awal.. then raya ke3 kami dah gerak balik ke pekan melalui muadzam. byk kereta terpaksa follow xleh potong sbb jalan 2 hala. alhamdulillah sampai dengan selamat. cemane raya korang smua? mesti anak2 ceria n happy dpt duit raya. k lah, xmo membebel panjang.. pada sesiapa yg msh puasa 6 aku ucapkan selamat berpuasa. moga puasa kalian semua diberkati hendaknya... aminnnn...

Sunday, June 14, 2015

Kelas Mengaji Al-Baghdadi

Assalamualaikum semua... nak story pasal kelas mengaji hania.. dah dekat 2 bulan aku masukkan ke kelas mengaji al baghdadi presint 11d. sebab dekat sgt ngan rumah. hntr pon jalan kaki. agak2 malas, ayah naik motor hehe.. syukur smua skul hania dekat2. bukan x boleh nak ajar mengaji sndiri.. boleh sgt memandangkan aku jgk basic dr skolah aliran agama 1 ketika dolu keh keh..cuma masa kadang2 x mengizinkan. 

ok, details pasal kelas mengaji ni terletak di Presint 11D. Yuran RM80 sebulan dan waktu mengaji adalah 2 kali seminggu iaitu pada selasa dan rabu jam 8-9 mlm. jadiknya xde la hania dok malangut tgk tv cite katun je kan. at least masa dia terisi dengan kelas mengaji al quran.. dan akan datang plan daku nak upah tcer dtg mengajar tuisyen kt rumah. dpt seminggu sekali pon jadikla n subjek yg aku tekankan kt sni adalah maths. mungkin ramai kata ianya terlalu awal. pada aku waktu2 mcm ni la anak2 kecil ini akan cepat tangkap apa yg tcer ajar. itu plannya jer. aku tau selalunya mak2 yg akan plan itu ini utk anak2. bukan bermakna ayah2 lgsung x ambik tau tp aku rasa mak2 lebih particular kot hehehe. klau nak details hp kelas mengaji albahgdadi tu wassap aku eh 017-2818002. kat situ jgk ada kelas mengaji utk org dewasa tau. klau nak menambah ilmu baca alquran boleh je daftar kt situ. aku tgk ari tu xlah ramai sgt. so xde la segan sgt kan. ok, bye! wassalam...

Tuesday, June 2, 2015

Kencing Manis dan simptom

Sakit kencing manis atau diabetis melitus adalah penyakit kronik yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (kandungan gula/glukosa tinggi dalam darah). Statistik setakat November 2014 seramai 2.6 juta rakyat malaysia mengidap penyakit kencing manis dan statistik membimbangkan ini meletakkan Malaysia tangga ke 10 di dunia dengan pengidap penyakit kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.

Jenis-jenis penyakit kencing manis:

1. Insulin Dependent Diabetis Mellitus (bergantung pada insulin)
- biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
- biasanya badan tidak boleh menghasilkan insulin

2. Non-Insulin Dependent Diabetis Mellitus(tidak bergantung pada insulin)
- jenis paling biasa dihidapi dan lebih 90% adalah daripada golongan ini
- biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan
- sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasikan tidak mencukupi

Simptom-simptom kencing manis

1. Paras gula dalam darah tinggi

cara untuk mengetahui paras gula dalam darah adalah melalui pemeriksaan doktor di klinik kesihatan atau swasta. Lakukan pemeriksaan secara berkala agar anda dapat memantau kandungan gula dalam badan.

2. Dahaga yang berlebihan dan kerap membuang air kecil pada waktu malam

pesakit kencing manis akan berasa dahaga berlebihan walaupun minum air dengan kuantiti yang banyak. Apabila terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang akan bekerja keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. ini akan memaksa anda kerap membuang air kecil pada waktu malam dan akan menyebabkan anda rasa haus.

3. Kerap berasa lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa menyebabkan paras gula jatuh. Apabila paras gula dalam darah jatuh, badan anda menganggap anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa berfungsi.

4. Luka lambat sembuh

Simptom yang diketahui umum. Ini berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu memulihkan luka.

5. Penglihatan kabur.

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia akan mengubah bentuk kanta mata dan boleh menyebabkan penglihatan kabur. Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila paras gula dalam darah adalah normal atau hampir normal.

6. Kulit merengsa

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau ketiak menjadi gelap.Pada tahap ini, seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka tidak tinggi.







Monday, June 1, 2015

Sudah Sampaikah Masanya Untuk Aku....

Salam semua.. mggu lepas 27 Mei berlangsung Majlis Persada Gemilang JPA di Dewan Sri Endon.. Alhamdulillah... selepas 9thn berkhidmat, aku dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2014. Tidak mengharap tetapi andainya ini rezeki aku bersyukur.. aku anggap rezeki anak2. Walau selepas 9thn berkhidmat.. aku redha. ada member2 yang dah 2 kali dpt dalam tempoh itu. aku anggap ini semua rezeki dari Allah.. lepas dapat APC ni sudah sampaikah masanya untuk aku bertukar angin ke agensi lain??? hati masih lagi di sini. kalau ikutkan hati mahu truskan khidmat bakti di sni smpai pencen. kita tunggu dan lihat saja nanti. apa2 pun alhamdulillah atas rezeki yg Allah bagi ni. akan ku kekalkan dah tambahbaik kecemerlangan masa hadapan insha allah....


Pesta Flora Putrajaya 2015

Salam semua.. sabtu lepas aku n fmly ke pesta flora. kul 9 lebih dah smpai ke pesta flora presint 4 putrajaya. excited walaupun tiap2 tahun x penah miss pegi. awal pg dah siap2 sbb aku ni jnis x suka pack2 sgt n jem sane sini. malam be4 tu aku ke presint 4 tu jgk nak tgk magic of the nite katekan. tgk kapal2 berhias perform kt tasik tu. cantik2 sgt kapal2 tu dihiasi lampu warna warni. tp syg sbb aku xdpt tgk dekat2 sbb jalan jem. so kitorg berenti je kt tepi2 jalan berdekatan jambatan ke2 tu. nampak jgk la walau dr jauh.

ok berbalik kpd pesta flora td, ianya berlangsung dr 30 mei hingga 7 jun 2015. tiket masuk rm5 utk dewasa n rm1 utk kanak2 setahun ke atas. manakala nk masuk winter spring mcm rumah iglu yg besar tu plk rm3 xkira lah dewasa or kanak2. tp aku x sempat nk masuk winter spring sbb ramai sgt umat. so kitorg jln2 kt tmpat2 bunga tu lah. cat pavillion pon ada tau. menempatkan kucing2 yg comel2 belaka. geram nengok. pesta flora ni open dr jam 9am - 10pm weekdays n 9am - 12am utk weekend. pd yg xda plan ke mana2 cuti skolah ni g lah pesta flora tu. cuma aku nasihatkan pegi awal2 pg parking byk kosong lg. ok bye!






Sunday, May 31, 2015

Sports Day LC Presint 11

Salam semua.. siang td telah berlangsung sports day little caliph presint 11 a.k.a tadika khalifah alaf baru. bermula jam 9pg dgn intro persembahan dr student2 lc. comel2 belaka anak2 lc. ada yg terover perform n ada yg xbergerak lgsung. nervous mungkin.
juz capture perfomence hania jer. hehehe tu budak gedik dua2 pntang nmpak kamera phone

ok, lepas performence smua student, brulah start sukaneka student. mcm2 gelagat. ada yg menangis ada yg muntah. salute pada cikgu2 yg sabar dgn karenah anak2 kecil lc. biasalah bila nmpak mak pak depan mata smua buat perangai. 

jenuh jgk tggu smpai hbis. klau ikutkan hati nak blik awal tp xpe la tggu jgk smpai pnyampaian adiah. sports day kali meriah sket sbb combine dgn lc puchong. ptut ler ramai semacam. tp best meriah. dah nak hjung2 tu baby meragam nk tdo. haih nsb dah nak balik.. fuhhh.. smpai rumah smbil prepare utk lunch aku bf bby n tertdo lah dia..maklumlah bgn awal kan.. nak bg support pd kakak punye pasal. ok layan pic k.. bye!
the purplesss

petua badan cergas tanpa supplement

assalamualaikum wbt smua.. ok, nak crita pasal mcm mana nk dpt bdn cergas tanpa supplement. means kalau korg rasa x nk makan supplement blh try cara aku ni. tiap2 pagi korg kunci jam plg tidak pon kul 5pg. yup! bgn pg sebelum subuh adalah cara aku atasi badan letih dan ngntuk. maybe rmai akan beranggapan bgn awal lg bertambah ngantuk tp bg aku tidak. tidur berlebihan itu akan lebih membuatkan bdn kita letih dan mengantuk.

ok, bgn jam 5pg atau lebih awal lg bagus. solat tahajud ringkas dan mengaji kejap smntara tggu azan subuh. then blh siap2 utjkpegi kje. aku mmg amalkan rutin mcm ni tiap2 pg n mmg berkesan. ada jgk mber2 yg pelik n tanya aku bgn awal2 pg buat apa? iron baju ke? hihi. aku jawab tak lah bju da siap2 iron dah malam2. then tanye lg dah tu awal2 buat ape? aku senyum je la.. aku jnis org yg x suka last minit. siap awal drpd kelam kabut. nti nk drive pon x fokus.. ok pertengahan bln ni kita nak menyambut ramadhan.. so blh la korg amalkan cara aku ni agr kita sama2 bgn sahur n dekatkan diri dgn Allah walau seminit. 

Tuesday, May 26, 2015

kurus kerana shaklee!

Salam semua. ok ari ni nak story psl set favourite aku sepanjang aku brkenalan dgn shaklee. paling ketara aku nmpak kesan ialah set pantang shaklee. dalam set pantang shaklee ada vitamin basic iaitu vitamin c, b kompleks, vitalea n zink then add on alfalfa, oste n omega. apa rasa bila makan? 

1. badan rasa bertenaga
2. luka2 bersalin cepat baik
3. pghasilan susu yg byk n bby pon kenyang sntiasa
4. berat badan semakin turun (ni yg plg best)
5. rambut xbyk sgt gugur mcm bersalin sebelum ni

yang aku nak tekankan kt sni adalah aku dpt balik berat sebelum kawen bila aku makan set pntg ni sbb ada omega! yup omega blh membakar lemak. tp klau nak kesan yg lebih, buat la exercise sket. mnum air 3liter setiap hari spy bdn rasa fresh jer..

ok tu secara ringkasnya manfaat set berpantang. yg best lepas hbis pntang kita blh continue smpai bila2. badan kita xblh nak bina keseluruhan zat2 yg diperlukan so dgn supplement ni la kita topup mana yg x ckup lg tu. ok, if ada apa2 pertanyaan jgn segan nak tanya k. blh cntact melalui saluran di bawah...

noorytah
0172818002 (wassap/sms)
ig nianayra
emel noor.ieta85@gmail.com
fb ct noorytah
page sihat shoppe

Sunday, May 24, 2015

Aku SID Shaklee..

Salam semua... bersiaran secara langsung dr Putrajaya.. ecewah. ok, nama aku Siti Noorytah Amir n juz call me ita (pd yg bru kenal lah kan). ada yg pggl nor, noryn, siti tp yg lekat mmg ita. umur aku 30 thn if ikut tahun lar.. if ikut bulan 29 thn 8bln.. nak jugak tuh. nmpak muda gittew. seriau bila msuk 3series ni... hehe. aku bekerja sbg setiausaha di JPA. yes! org gomen. tinggal di presint 11 putrajaya.

aku SID shaklee merangkumi kawasan Putrajaya. blh cod sekitar seri kembangan, bangi, kota warisan (sekiranya di luar waktu kerja). bagi yg di kampung pulak kampung aku di tangkak, johor. insha allah sebulan sekali akan balik kg so time tu blh cod pd awak2 yg kt kg tuh. Tapi oleh kerana skrg shaklee dah ada shopping online klik2 jer dengan pantas shaklee proses dan abam2 sado gdex atau citylink akan hntr ke rumah. uolls blh hubungi aku mengikut details di bawah.....

hp: 017-2818002 (call/wassap/telegram/sms)
fb: ct noorytah
ig: nianayra
emel: noor.ieta85@gmail.com

ok, jangan segan2 nak tanye ape2. insha allah aku akan cuba jawab sedaya mungkin. ok..

Thursday, January 29, 2015

Baby vs Susu Formula

Assalamualaikum.. dah lame x bersiaran secara langsung dari sini.. hmmm ok. sedang di dalam dilema. dah start campur susu utk bby. yup susu semakin berkurangan. tp stil lt pump di ofis.. tp anak ke2 ni aku mngalami sedikit tekanan perasaan yang mana bby xmo fm.. argghhhh bile stress n jiwa kacau mulalah susu pon jadik beku xmo k
uar adoi lahhhh...

ok, bermula kisah 1st try dengan susu S26. Oleh kerana kakak hania (cikgu LC pggl hania ok) dlu mnum s26 dr umo 10 bulan klau x silap hinggalah sekarang Alhamdulillah dia serasi dengan S26. so aku peturunkan pada si adik. tp awal2 dah reject. Then aku try plk anmum.. pon sama reject jgk. try pulak susu dutch lady pon sama. try susu kambing pon sama. last2 aku bg je fm tu pada tcher kt taska dia. bru lah dia nk mnum. so kt situ aku nmpak permainan dia di mana klau ada ngan aku dia mmg xmo botol hahahaha.. tp xpe.. as long as kt taska dia nk jgk mnum fm. aku still lg bekalkan susu ebm. rasa sedih sgt klau nk wean off trus.. at least balik kje dia dah blh mengempeng hehe.. aku pon suka. time tu lah nk berehat2 baring2 smbil nyusukan dia di samping hubby basuh baju basuh pinggan kah kah kah.. bukan nak amik kesempatan tau tp hakikatnya ibu2 jg perlukan rehat hihi.. ok la banje sekeping gambo bby.

rambut halusssss