Salam sume..ok, semalam merajinkan diri wat muffin. balik kje terus siap2kan bahan2. sgt senang. saje je wat nk bagi kt nursery ADIK. konon2 cam bekal die la hehe..ok, kt bawah ni resipi bg sesape yang nak mencuba yek..
Bahan A
2 cawan susu full cream suam
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang [brown sugar]
Bahan B [kacau rata]
1 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla
Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
Cara
1. Panaskan kukusan
2. Cairkan mentega dalam susu suam.
3. Kacau semua bahan A supaya sebati.
4. Masukkan kedalam bahan B. Kacau rata.
5. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
6. Susunkan acuan kertas paling kecil [acuan almond london ]dalam petitin yg paling kecil. . Kukuskan selama 15 minit dengan api kuat.9. Sejukkan dan hidangkan.
weh, merekah muffin kome nmpaknyer... ehehehe~
ReplyDeletetu la b, terjadinya pengembangan haha.. dah macam apam kukus keh keh
ReplyDelete