WELCOME TO MY DEAREST FREN.... THIS BLOG IS ABOUT ME, FAMILY AND MY BUSSINES~~SHAKLEE :)

Followers

Thursday, June 23, 2011

KeNapa KitA TerSedU???

Ok, oleh kerana aku tgh tersedu skrg so aku nk share sikit la pasal tersedu ni..hurmm selalu bukan baby2 je ke yg sedu ek. org kate klau tersedu nak cepat besar hehehe..ni dah tua bangka nak besar ape lagi ek. owhhh nak tambah ketinggian kot hahaha...ok, ni nak explain sikit pasal tersedu nih....

Soalan

Kenapa kita tersedu? Saya sentiasa mengalaminya. Bagaimana kita dapat mengelakkan diri daripada tersedu dan juga memberhentikan fenomena ini?

Jawapan

Fenomena “tersedu” dihadapi oleh semua orang. Gejala ini berlaku apabila pengecutan otot diafragma (contraction of diaphragm) berulang-ulang kali selama beberapa minit disebabkan beberapa faktor. Selalunya gejala “tersedu” yang biasa dihadapi ini dibiarkan sahaja tanpa apa-apa rawatan. Namun demikian, sekiranya gejala tersedu ini dihadapi untuk jangka masa yang lama dan berterusan selama beberapa minggu atau bulan (chronic hiccup), penyakit ini perlu dirawat.


Faktor-Faktor

1. Penyakit saraf yang diwarisi

2. Kecederaan pada saraf phrenic dan vagus

3. Toxic atau penyakit metabolic yang merosakkan saraf

4. Tahap gula yang tinggi dalam darah (hyperglycemia)

5. Selepas mengambil minuman bergas, alcohol, roti kering malah makanan yang pedas

6. Gelak yang berterusan

7. Makan terlalu cepat

8. Ubat chemotherapy

9. Paru-paru berair (pleural effusion)

10.Kesan sampingan ubat


Rawatan
Gejala "tersedu" yang biasa dihadapi tidak memerlukan rawatan.


Rawatan di rumah yang boleh dicuba
1. masukkan jari ke dalam mulut dan “mengurut” tekak

2. sesudu teh cuka makan (vinegar)dll

Ubat
1. Xylocaine liniment 3% or gel 2% di telinga (external ear)

2. Haloperidol

3. Metoclopromide (Reglan)

4. Chlorpromazine (Thorazine)

5. Sekiranya disebakan penyakit metabolik, maka rawatan berdasarkan jenis penyakit metabolic tersebut seperti hypokalaemia, hyponatraemia dll


Cubaan lain
6. Masukkan titik cuka makan ke dalam lubang hidung

7. Vagus nerve stimulator implant


ok, sharing is caring..hanya untuk menambah pengetahuan yek...pelik2 lah pulak name ubat tu..hehe

No comments:

Post a Comment